Modul i-kasih sebagai sokongan kepada keluarga penagih opiat dalam pemulihan

Pemulihan ketagihan opiat adalah sepanjang hayat, melibatkan aspek fizikal, psikologikal dan spiritual. Pemulihan fizikal berkait rapat dengan rawatan klinikal sementara psikologikal dan spiritual memerlukan sokongan luar seperti bantuan keluarga. Penglibatan keluarga dalam membantu pemulihan sen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Farah Syazrah, Mohd Ghazalli, Abdul Wahab, Md. Ali, Wan Nor Jazmina, Wan Ariffin, Norizan, Abdul Ghani, Berhanundin, Abdullah, Wan Mohd Yusof, Wan Chik, Zulkifli, Mohd
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/4436/1/FH03-PPT-21-53568.png
http://eprints.unisza.edu.my/4436/2/FH03-PPT-21-53567.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/4436/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemulihan ketagihan opiat adalah sepanjang hayat, melibatkan aspek fizikal, psikologikal dan spiritual. Pemulihan fizikal berkait rapat dengan rawatan klinikal sementara psikologikal dan spiritual memerlukan sokongan luar seperti bantuan keluarga. Penglibatan keluarga dalam membantu pemulihan sentiasa menjadi isu apabila tidak ramai keluarga mempunyai kepakaran khusus untuk membantu pemulihan, terutama bagi penagih yang menjalani pemulihan di luar institusi. Objektif modul ini adalah membincangkan pembinaan modul i-Kasih sebagai sokongan kepada keluarga penagih opiat dan menilai keberkesanan modul i-kasih terhadap sokongan sosial keluarga. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kuantitatif, data dikumpul menerusi soal selidik ke atas 35 orang peserta di Kuala Terengganu yang berjaya mengikuti modul i-Kasih dengan sepenuhnya. Modul ini berteraskan kerohanian dan terbahagi kepada enam unit modul. Kesemua unit modul ini mempunyai fokus berbeza seperti konsep keluarga sejahtera menurut Islam, bentuk sokongan sosial, psikologi dakwah dan pendekatan rawatan klinikal dan rawatan Islam. Modul i-Kasih yang dibina berdasarkan pengalaman dan keperluan keluarga penagih berupaya membantu meningkatkan sokongan sosial kepada keluarga penagih opiat. Oleh itu, modul ini berpotensi untuk laksanakan kepada keluarga yang mempunyai masalah yang sama agar keluarga mampu meningkatkan sokongan sepanjang pemulihan penagih opiat.