Dhikr Allah Dan Tafakkur Dan Hubungannya Dengan Keimanan Haqiqi Menurut Said Nursi

Dhikr Allah dan tafakkur merupakan dua amalan yang penting dalam syariat Islam. Dengan sentiasa mengingati Allah SWT seseorang akan mendapat keredhaan dan keberkatanNya. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis menyuruh dan menggesa supaya setiap muslim melakukan kedua-dua amalan ini. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shaifulbahri, Abdullah, Syed Hadzrullathfi, Syed Omar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/427/1/FH03-FKI-18-13134.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/427/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dhikr Allah dan tafakkur merupakan dua amalan yang penting dalam syariat Islam. Dengan sentiasa mengingati Allah SWT seseorang akan mendapat keredhaan dan keberkatanNya. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis menyuruh dan menggesa supaya setiap muslim melakukan kedua-dua amalan ini. Kajian ini bertujuan mengetengahkan pandangan salah seorang tokoh Islam, iaitu Said Nursi mengenai amalan dhikr Allah dan tafakkur dalam mendekatkan diri kepada Allah serta memupuk keimanan haqiqi. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan merujuk kepada karya beliau berjudul “Anwar al-Haqiqah: Mabahith Fi al-Tasawwuf wa al-Suluk”. Kajian menunjukkan bahawa tokoh ini mempunyai dimensi tersendiri dalam ilmu tasawuf dan mempunyai ikatan silsilah kerohanian dalam tarekat sejak kecil lagi kerana kedua-dua orang tuanya merupakan orang yang alim. Kajian menyimpulkan bahawa ketokohan beliau dalam ilmu tasawuf sangat tinggi dan beliau banyak melakukan tafakkur dan berkhalwat dalam mendekatkan diri kepada Allah serta membina keimanan haqiqi. Sebahagian masanya dihabiskan di rumah atau keluar dan pergi ke pergunungan untuk memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Selain daripada itu, beliau berpendapat bahawa metode tafakkur merupakan salah satu daripada fasal mengenal dan mencintai Allah SWT (Mahabbah Allah).