Penguasaan Kosa Kata Arab Menerusi Aktiviti “Jawlah Lughawiyyah”
Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua masih belum mencapai hasil yang memberangsangkan, kegagalan menguasai kosa kata yang mencukupi dalam penyampaian makna yang tepat antara penyumbang utama kerencatan penguasaan kemahiran berbahasa di samping faktor motivasi dan tanggapan negatif terhad...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/407/1/FH03-FBK-14-02242.pdf http://eprints.unisza.edu.my/407/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua masih belum mencapai hasil yang
memberangsangkan, kegagalan menguasai kosa kata yang mencukupi dalam penyampaian makna
yang tepat antara penyumbang utama kerencatan penguasaan kemahiran berbahasa di samping faktor
motivasi dan tanggapan negatif terhadap pembelajaran bahasa. Kosa kata memainkan peranan penting
dalam penyampaian idea dalam semua kemahiran berbahasa. Pelbagai pihak aktif menawarkan
pembelajaran bahasa Arab sama ada di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan persatuan
dalam bidang berkaitan bahasa Arab. Sebagai contoh, program j-QAF diperkenalkan bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara dengan melahirkan insan yang berkemahiran multi-bahasa.
Oleh itu, satu aktiviti alternatif dengan tujuh peringkat pembelajaran bahasa dikenali Jawlah
Lughawiyyah yang berkonsepkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah yang memaksimumkan
pengunaan panca indera yang afektif dan berstruktur diperkenalkan dan ia mampu memberi kesan
positif dalam peningkatan pemerolehan bahasa. Aktiviti ini telah dijalankan ke atas para pelajar bukan
penutur jati di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Agama
Khairiah, Terengganu. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap penguasaan kosa kata
Arab para pelajar sebelum dan selepas mengikuti aktiviti Jawlah Lughawiyyah yang dianalisis
daripada hasil penulisan mereka. Seramai 30 pelajar tingkatan empat daripada setiap sekolah telah
dipilih secara rawak dan telah menjalani aktiviti ini. Proses pengumpulan data melalui ujian pra dan
pasca telah dijalankan terhadap sampel dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif; rubrik
pemarkahan Wikispaces dan kuantitatif; t-test menggunakan perisian GraphPad Prism. Hasil dapatan
kajian menunjukkan terdapat signifikan ketara dalam peningkatan kosa kata iaitu dari 33.3%
meningkat kepada 100%. Justeru, kajian ini mencadangkan agar aktiviti Jawlah Lughawiyyah
dipraktikkan dalam proses P&P bahasa Arab khususnya melibatkan pelajar daripada kalangan bukan
penutur jati. |
---|