Membentuk Komuniti Muslim Cakna : Pendekatan Ibn Khaldun
Komuniti cakna dari perspektif Islam tidak hanya merupakan satu komuniti prihatin dan maju, malah ia meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagaisumber utama pembangunan. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis 1) latar belakang kehidupan dan pemikiran Ibn Khaldun, 2) ciri-ciri pembinaan masyarakat...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/3869/1/FH02-FKI-14-00602.pdf http://eprints.unisza.edu.my/3869/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Komuniti cakna dari perspektif Islam tidak hanya merupakan satu komuniti prihatin dan
maju, malah ia meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagaisumber utama pembangunan.
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis 1) latar belakang kehidupan dan pemikiran Ibn
Khaldun, 2) ciri-ciri pembinaan masyarakat mengikut Ibn khaldun, dan 3) pendekatan Ibn
Khaldun dalam pembentukan komuniti cakna. Untuk mencapai hasrat ini, penulisan ini
menggunakan pendekatan analisis sekunder yang menganalisis bahan-bahan sedia ada
sebagai kaedah untuk mengumpul dan membincangkan isu membentuk masyarakat cakna
ini. Disebabkan tumpuan penulisan ini ialah ke atas masyarakat cakna mengikut pandangan
Ibn Khaldun, maka sumber utama kepada penulisan ini ialah Ibn Khaldun dan pemikirannya
dalam kitab Mukadimah (2006). Hasil kajian menunjukkan Ibn Khaldun adalah seorang
sarjana Islam terkemuka dalam konteks penulisan mengenai tamadun. Ketokohannya
bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam sehingga sekarang, tetapi juga turut diakui oleh
tokoh-tokoh bukan Islam. Ibn Khaldun telah menggariskan enam ciri masyarakat cakna,
serta turut menggariskan empat pendekatan untuk mewujudkan masyarakat atau komuniti
cakna. Pendekatan Ibn Khaldun dalam membentuk komuniti cakna bermula daripada
kefahaman manusia kepada keperluan hidup bermasyarakat. Pemerintah pula perlu
memainkan peranan dengan meletakkan keadilan sebagai asas penting dalam
pemerintahannya. Beberapa ciri dan pendekatan sesuai yang mendokong pembentukan
komuniti turut dibincangkan dalam makalah ini. |
---|