Penglibatan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Aktiviti Kesukarelaan: Kajian Empat Buah Universiti Awam Terpilih Di Lembah KLang

Kesukarelaan merupakan satu fenomena global yang semakin mendapat perhatian kerana kemampuannya untuk membentuk sebuah masyarakat demokratik dan mempercepatkan proses pembangunan sesebuah negara. Kesukarelaan merujuk kepada penglibatan individu dalam aktiviti yang dilakukan secara sukarela, tidak me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Normah, Awang Noh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/359/1/FH03-FSSG-20-40657.jpg
http://eprints.unisza.edu.my/359/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesukarelaan merupakan satu fenomena global yang semakin mendapat perhatian kerana kemampuannya untuk membentuk sebuah masyarakat demokratik dan mempercepatkan proses pembangunan sesebuah negara. Kesukarelaan merujuk kepada penglibatan individu dalam aktiviti yang dilakukan secara sukarela, tidak melibatkan ganjaran material dan mendatangkan manfaat kepada sukarelawan dan individu atau kelompok yang dibantu. Kesukarelaan merupakan suatu "core value" masyarakat moden pada masa kini dan kepentingan penerapannya dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar. Hal ini kerana generasi muda merupakan aset bernilai kepada negara dan bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.Sehubungan itu, pemerkasaan golongan ini perlu dilakukan bagi melahirkan generasi muda yang dinamik, aktif dan mampu bersing di peringkat dunia. Tujuan kajian ini dilakukan untuk melihat motivasi yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan dan manfaat yang diperoleh hasil daripada penglibatan tersebut. Responden kajian terdiri daripada pelajar IPTA terpilih di kawasan Lembah Klang yang terlibat dalam aktiviti kesukarelaan. Kajian ini akan menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Maklumat sokongan juga diperolehi melalui temu bual tidak formal dan sumber sekunder.