Skim Pampasan Mangsa Kecederaan Jenayah: Satu Kajian Kes Di Malaysia

Pampasan kepada mangsa kecederaan jenayah merupakan skim yang telah dilaksanakan di negara Barat dalam usaha menangani dan melindungi masyarakat daripada perbuatan jenayah. Malangnya Malaysia masih lagi terkebelakang dalam usaha untuk membela dan melindungi mangsa kecederaan jenayah. Apabila...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahmud, Mohd Sadad, Ruslan, Md Khalil
Format: Article
Language:Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/3152/1/FH02-FPP-20-45542.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/3152/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pampasan kepada mangsa kecederaan jenayah merupakan skim yang telah dilaksanakan di negara Barat dalam usaha menangani dan melindungi masyarakat daripada perbuatan jenayah. Malangnya Malaysia masih lagi terkebelakang dalam usaha untuk membela dan melindungi mangsa kecederaan jenayah. Apabila berlakunya sesuatu kejadian jenayah, masyarakat dan kerajaan akan mengambil langkah segera untuk membantu mangsa jenayah, namun, tindakan tersebut bersifat ad hoc. Makalah ini akan melihat semula undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan pampasan mangsa kecederaan jenayah. Tumpuan juga diberikan kepada kerajaan Malaysia tentang keperluan mengambil tanggungjawab melaksanakan skim pampasan ini melalui saluran yang sedia ada. Kaedah insurans Islam, iaitu takaful diguna pakai sebagai platform dan cadangan yang penting dalam memberikan pampasan kepada mangsa kecederaan jenayah, selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa.