Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Al-Quran Bagi Golongan Dewasa
Manhaj merujuk kepada metodologi atau tatacara pelaksanaan. Manhaj Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang perlu dikaji dan diketengahkan sebagai metodologi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kepentingan ini dirasakan kerana keberkesanan kaedah yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w....
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/2994/1/FH02-FKI-18-12993.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2994/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Manhaj merujuk kepada metodologi atau tatacara pelaksanaan. Manhaj
Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang perlu dikaji dan diketengahkan sebagai
metodologi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kepentingan ini dirasakan
kerana keberkesanan kaedah yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
telah dapat mendidik ramai huffaz, qurra’ dan muhadditin dalam perkembangan
Islam pada zaman silam. Artikel ini membincangkan dua perkara utama, iaitu
mengupas dan menonjolkan manhaj Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan
pengajaran al-Quran dan hadith kepada para sahabat baginda. Selain itu,
pengkaji meninjau sejauh mana perkara ini diterapkan dalam pelaksanaan
pengajian al-Quran dewasa (KQD) di sebuah masjid di negeri Selangor yang
dikenali sebagai Masjid Sultan Abdul Aziz Shah (MSAAS). Tujuan utama kajian
adalah menganalisis pelaksanaan KQD di masjid ini untuk meninjau sejauh
mana ciri-ciri manhaj Rasullullah s.a.w. ini diamalkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran KQD di masjid ini. Data dikutip dengan menggunakan
teknik kualitatif iaitu analisis dokumen dan temubual informan. Tembual ini
adalah temubual elit mendalam (in-depth elite interview) dengan penyelaras
dan pengajar terpilih di masjid yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa beberapa aspek utama daripada manhaj Rasulullah dalam P&P yang
dilaksanakan di masjid ini didapati selari dengan kerangka teori kajian ini.
Kerangka teori ini dihasilkan dari penelitian intipati ayat 164, Surah Ali ‘Imran.
Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai satu landasan untuk membentuk satu
model asas bagi P&P dalam pelaksanaan KQD di masjid lain. Maklumat yang
diperolehi dari informan memberi maklumbalas bahawa teknik pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan dalam KQD di masjid ini didapati berkesan dan
memuaskan pelanggan. |
---|