Al-musytarak al-lafziy menurut perspektif ilmuawan linguistik Arab

Al-musytarak al-lafziy merujuk kepada perkataan yang mempunyai ejaan dan sebutan yang sama serta menunjukkan lebih daripada satu makna. Al-musytarak al-lafziy amat penting dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan berlakunya salah tafsir maksud yang ingin disampaikan kepada pendengar. Objektif ut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Anida, Awang, Tasnim, Abdul Rahman
Format: Article
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/2671/1/FH02-FKI-17-11971.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/2671/
https://www.portal.unisza.edu.my/staffportal/index.php?page=
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-musytarak al-lafziy merujuk kepada perkataan yang mempunyai ejaan dan sebutan yang sama serta menunjukkan lebih daripada satu makna. Al-musytarak al-lafziy amat penting dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan berlakunya salah tafsir maksud yang ingin disampaikan kepada pendengar. Objektif utama artikel ini untuk menjelaskan konsep al-musytarak al-lafziy menurut pandangan ahli linguistik Arab serta contoh-contoh yang relevan dengannya. Bagi memudahkan lagi memahami makna yang dikehendaki, qarinah atau petunjuk digunakan oleh penutur agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pendengar. Kepelbagaian makna yang terkandung dalam almusytarak al-lafziy sebenarnya menjadi titik tolak kepada perselisihan para ilmuwan dalam menentukan makna yang dikehendaki dalam konteks yang tertentu. Metodologi yang digunakan ialah kajian perpustakaan dengan menganalisis dokumen dalam kitab-kitab lughah, fiqh dan kamus-kamus Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makna yang terkandung dalam al-musytarak al-lafziy sama ada pada kata nama, kata kerja dan partikel dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tertentu. Selain itu, al-musytarak al-lafziy turut mendatangkan kebaikan dan keburukan sama ada kepada penutur mahupun orang yang mendengar. Kesimpulannya al-musytarak al-lafziy bukan sahaja perlu dititikberatkan dalam linguistik Arab semata-mata, malah perlu digabungkan dengan disiplin ilmu yang lain terutamanya yang berkaitan dengan hukum hakam sejajar dengan kehendak ajaran Islam.