Pemupukan jati diri melayu melalui kokurikulum kelas seni khat dalam kalangan mahasiswa di UniSZA

Pembelajaran berlaku semenjak awal lahir, pendidikan Islam merupakan proses untuk mendidik akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai insaniah yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith, bagi melahirkan manusia yang bertakwa. Pendidikan Islam melatih perasaan halus pelajar supaya sikap, t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Razi, Yaakob, Hamdan, Aziz, Nizaita, Omar, Mohd Ridhuan Tee, Abdullah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1935/1/FH03-PPT-20-38611.jpeg
http://eprints.unisza.edu.my/1935/2/FH03-PPT-20-39515.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1935/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran berlaku semenjak awal lahir, pendidikan Islam merupakan proses untuk mendidik akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai insaniah yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith, bagi melahirkan manusia yang bertakwa. Pendidikan Islam melatih perasaan halus pelajar supaya sikap, tindakan dan keputusan mereka ditadbir oleh nilai-nilai kerohanian dan etika Islam (Abdullah Jusuh, 1990). Salah satu usaha bagi memperkasakan jati diri Melayu di Malaysia adalah memugarkan kembali tulisan Jawi berdasarkan seni khat. Justeru kertas kerja berusaha mendeskripsikan aktiviti pelajar seramai 30 orang pelajar yang terlibat dalam kelas seni khat bagi sesi 2019. Kajian ini bersifat fenomonologi iaitu memerhatikan gerak kerja pelajar dalam aktiviti penulisan khat. Kajian mendapati kebanyakan mahasiswa masih boleh menulis Jawi sekalipun pada tahap yang minima. Pembelajaran melibatkan empat (4) jenis khat iaitu Khat Khufi, Khat Riqah, Khat Nasakh dan Khat Thulus. Walaubagaimanapun penguasaan mereka dalam seni khat adalah kurang memberangsangkan termasuk seni khat yang paling mudah iaitu khat khufi. Namun sebagai pendidik yang ingin melihat tulisan jawi dan arab harus diperjuangkan, maka usaha kearah membina jati diri haruslah diteruskan. Di harapkan pembentangan ini mampu menyuntik kembali nilai karamah jati diri Melayu melalui pembudayaan penulisan khat Jawi.