Perbelanjaan mas kahwin oleh suami sebagai penunaian hak wanita dalam al-quran
Kewajipan pemberian mas kahwin oleh suami kepada isteri telah dinaskan melalui al-Quran dan hukumnya telah disepakati oleh ulamak. Perubahan masa dan suasana telah merubah corak pemberian mas kahwin masyarakat semasa berbanding dengan apa yang pernah berlaku dan dianjurkan pada zaman awal pensyar...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1584/1/FH03-FKI-18-17393.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1584/ http://www.fki.unisza.edu.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kewajipan pemberian mas kahwin oleh suami kepada isteri telah dinaskan melalui al-Quran dan
hukumnya telah disepakati oleh ulamak. Perubahan masa dan suasana telah merubah corak pemberian mas
kahwin masyarakat semasa berbanding dengan apa yang pernah berlaku dan dianjurkan pada zaman awal
pensyariatan mas kahwin. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh kewujudan pelbagai adat pemberian harta yang
lain untuk isteri dalam kalangan masyarakat Melayu. Justeru itu, artikel ini akan mengulas corak
perbelanjaan mas kahwin yang diberikan oleh suami kepada isteri dalam perkahwinan mereka. Ia bertujuan
bagi mengkaji sejauh mana perbelanjaan tersebut telah memenuhi hak wanita yang disebut dalam al-Quran.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menilai sama ada perbelanjaan yang berlaku memenuhi anjuran
perbelanjaan untuk mas kahwin sebagai mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para fuqaha.
Melalui metode temu bual semi struktur, seramai 30 pasangan informan yang dipilih melalui prosedur
persampelan bertujuan telah ditemu bual. Rakaman temu bual disusun dan dianalisis mengikut kaedah
tematik berdasarkan kepada kehendak kajian. Melalui bantuan perisian ATLAS.ti versi 7.5.6., data-data yang
diperolehi diteliti, seterusnya proses pengekodan dan pengkategorian berdasarkan ciri-ciri data dilakukan
untuk mengemukakan tema berkaitan dengan fenomena yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan
perbelanjaan untuk mas kahwin yang telah dikeluarkan oleh suami telah memenuhi hak seorang isteri yang
disebutkan dalam al-Quran. Kajian turut mendapati ramai di antara informan membelanjakan mas kahwin
dengan kadar yang tidak bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh sebahagian fuqaha Syafi’i. |
---|