Fungsi masjid sebagai agen perubahan komuniti terdidik

Ledakan arus globalisasi dan kepesatan teknologi maklumat hari ini telah banyak mengubah corak sosiobudaya dan mempengaruhi nilai-nilai hidup masyarakat dunia hari ini. Fenomena ini memerlukan setiap pihak dan institusi yang terlibat dalam agenda sosial membuat persediaan yang cukup rapi bagi men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nizaita, Omar, Razi, Yaakob, Zulkifly, Muda, Kasyfullah, Abdul Kadir, Manapiah, Maoti
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1464/1/FH03-FUPL-18-20520.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1464/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ledakan arus globalisasi dan kepesatan teknologi maklumat hari ini telah banyak mengubah corak sosiobudaya dan mempengaruhi nilai-nilai hidup masyarakat dunia hari ini. Fenomena ini memerlukan setiap pihak dan institusi yang terlibat dalam agenda sosial membuat persediaan yang cukup rapi bagi menghadapi cabaran yang begitu kompleks. Justeru, fungsi masjid sebagai institusi sosial komuniti setempat juga menjadi lebih dinamik. Sejarah awal Islam menunjukkan bahawa masjid-masjid yang dibina ketika itu mampu diangkat sebagai agen transformasi komuniti terdidik. Artikel ini akan cuba menelusuri perjalanan seerah nabawiyyah berkaitan peranan besar yang dimainkan oleh masjid dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara menerusi sehingga mampu membina sebuah tamadun ulung yang gemilang. Di samping itu, kedudukan dan fungsi masjid dalam realiti di Malaysia khususnya turut dikaji dan diteliti. Akhirnya, satu rumusan dibuat dalam merangka satu strategi berkesan untuk dilaksanakan bagi memperkasakan institusi masjid hari ini sebagai agen transformasi komuniti. Kertas konsep yang bakal dikemukakan merupakan hasil analisis dan gabungan padu daripada beberapa kajian sebelum ini yang digarap menjadi lebih mantap dan terkini. Diharapkan masjid perlu bertindak secara proaktif, professional dan mengatur strategi yang efektif selari dengan kehendak semasa.