Program pemantapan kerohanian keluarga miskin dan miskin tegar Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
Perubahan sosiobudaya, sikap dan perlakuan masyarakat pesisiran pantai merupakan salah satu aspek terpenting dalam usaha membangunkan masyarkat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini berfokus di sebuah perkampungan nelayan iaitu Teluk Ketapang. Kampung ini telah dibuka oleh orang Bugis...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1150/1/FH03-PPI-16-05578.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1150/2/FH03-PPI-16-05579.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1150/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan sosiobudaya, sikap dan perlakuan masyarakat pesisiran pantai merupakan salah satu aspek
terpenting dalam usaha membangunkan masyarkat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini
berfokus di sebuah perkampungan nelayan iaitu Teluk Ketapang. Kampung ini telah dibuka oleh orang
Bugis dari Kepulauan Riau yang singgah di sini untuk berteduh waktu musim tengkujuh sebelum
meneruskan pelayaran ke Kamboja bertujuan berdagang dan belajar. Hasil daripada itu, nama ini di
ambil daripada nama asal kampung nelayan Bugis di Riau. Ia berada kir-kira 10 km dari pusat bandar
Kuala Terengganu. Kamupung ini dikelilingi oleh Kampung Telaga Daing, Kampung Duyong,
Kampung Bukit Tok Beng dan Kampung Telada Batin. Penduduk kampung ini mempunyai 3452
orang yang terdiri daripada tujuh kategori pekerjaan iaitu bekerja kerajaan (543 orang), petani dan
nelayan (616 orang), suri rumah (410 orang), pesara (78 orang) dan penganggur (16 orang) hasil
selidikan pada tahun 2010. Hasil daripada data yang dijunjukan didapati ia belaku tidakseimbangan
pendapatan isi rumah mengikut jenis pekerjaan. semua ketahuai bahawa masyarakat komuniti persisir
barada pada kedudukan istimewa dalam sejarah hidup penduduk pantai timur. Mereka pernah mejadi
pedagang dan pelaut, di samping melibatkan diri sebagai nelayan, petani serta pertukangan kraftangan.
Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, proses modenisasi yang pesat telah memberi kesan
mendalam ke atas masyarakat ini. Akhir-akhir ini banyak program yang telah di laksanakan oleh pihak
kerajaan dan swasta. Namun begitu, terdapat juga kumpulan yang terus tercicir dari arus
pembangunan. Di sebalik pelbagai bantuan subsidi dan projek pembangunan yang disasarkan kepada
kumpulan miskin, mereka masih daif dan tidak mendapat manfaat sepenuhnya. Antara faktor utama
projek yang telah dijalankan tidak mencapai objektif adalah kerana ia tidak menepati keperluan
kumpulan sasar dan kurang peka terhadap ajaran agama Islam. Oleh itu, Malalui kajian yang telah
dibuat dengan kerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan seperti Universiti Malaysia
Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam, Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan
Perikanan Negeri Terenganu bergabung untuk melihat suatu perubahan yang akan melonjak kesedaran
masyarakat kearah positif. Kajian ini menggunakan metodologi analisis persampelan, instrument
kajian, Pengumpulan data analisis data yang telah dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu analisi
situasi dan keperluan komuniti, merancang projek pembangunan berdasarkan keperluan, pelaksanaan
projek pembangunan dan penilian kesan projek keatas kumpulan sasar. Harapan semoga kajian ini
boleh mengubah sosioekonomi melalui kesedaran agama menjadi asas pembangunan sosioekonomi. |
---|