Kesan kekangan kewangan ke atas produktiviti firma di Malaysia
Faktor kewangan telah menjadi tumpuan dan semakin penting dalam mempengaruhi aktiviti benar firma. Kebolehcapaian kepada sumber kewangan telah menjadi penentu kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya menjana pertumbuhan firma. Kertas ini mengkaji kesan kekangan kewangan ke atas produktiviti...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9594/1/jeko_49%282%29-8.pdf http://journalarticle.ukm.my/9594/ http://www.ukm.my/fep/jem/current.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Faktor kewangan telah menjadi tumpuan dan semakin penting dalam mempengaruhi aktiviti benar firma. Kebolehcapaian
kepada sumber kewangan telah menjadi penentu kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya menjana pertumbuhan
firma. Kertas ini mengkaji kesan kekangan kewangan ke atas produktiviti firma di Malaysia dengan menggunakan
analisis data panel pada peringkat firma. Kaedah Momen Teritlak (GMM) sistem telah digunakan dalam kajian ini.
Keputusan empirik menunjukkan bahawa faktor kewangan memberi impak yang signifikan ke atas produktiviti firma.
Didapati aliran tunai firma mempengaruhi produktiviti firma. Ini menunjukkan firma yang kekurangan dana dalaman
akan tidak berupaya untuk mengakses kepada kewangan luar bagi membiayai aktiviti-aktiviti pelaburan. Dari segi
saiz firma, didapati hanya firma kecil menunjukkan kekangan kewangan dalam meningkatkan produktiviti, manakala
firma besar tidak menghadapinya. Oleh itu, dapatan kajian ini amat penting bagi menjelaskan hubungan kekangan
kewangan dan produktiviti agar dapat membantu dalam pembentukan dasar yang boleh merangsang pertumbuhan
ekonomi di Malaysia. |
---|