Faktor budaya dan bukan budaya dalam mempengaruhi lawatan ulangan: kajian kes pelancong asing Pulau Pinang
Lawatan ulangan merupakan suatu fenomena yang penting dalam bidang perancangan dan pemasaran pelancongan. Kajian ini meneliti tentang faktor budaya dan bukan budaya yang mempengaruhi lawatan ulangan pelancong asing ke Pulau Pinang. Kaedah persampelan soalselidik yang digunakan adalah persampelan b...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9556/1/6.geografia-si-nov15-newgaikling-edam1.pdf http://journalarticle.ukm.my/9556/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=12&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Lawatan ulangan merupakan suatu fenomena yang penting dalam bidang perancangan dan pemasaran pelancongan.
Kajian ini meneliti tentang faktor budaya dan bukan budaya yang mempengaruhi lawatan ulangan pelancong asing
ke Pulau Pinang. Kaedah persampelan soalselidik yang digunakan adalah persampelan berstrata dengan mengambil
kira bilangan pelancong asing berbangsa Cina dan bukan berbangsa Cina yang berkunjung ke negeri ini. Untuk itu,
seramai 112 orang pelancong asing dipilih untuk mengenal pasti faktor penentu yang mempengaruhi lawatan
ulangan mereka ke Pulau Pinang. Hasil kajian menunjukkan elemen budaya, seni dan warisan menjadi pendorong
utama yang mempengaruhi responden melakukan lawatan ulangan ke Pulau Pinang iaitu sebanyak 84% (94 orang)
yang berpendapat mereka ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ dengan pernyataan ini. Faktor budaya yang lain termasuklah
masyarakat yang peramah, kepelbagaian makanan, tapak warisan serta aktiviti dan perayaan. Manakala, kemudahan
penginapan menjadi faktor bukan budaya yang paling mempengaruhi keputusan responden untuk berkunjung ke
negeri ini, iaitu sebanyak 67% (75 orang) yang berpendapat ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ dengan pernyataan ini.
Sehubungan itu, kedua-dua kumpulan pelancong antarabangsa memiliki karektor yang berbeza serta memerlukan
strategi yang berbeza dalam menarik minat mereka untuk melakukan lawatan ke sesuatu tempat. Oleh itu,
pendekatan yang sesuai dan berkesan haruslah dilaksanakan dengan betul agar menepati keperluan dan kehendak
kelompok sasaran. Diharapkan kajian ini dapat meningkatkan lagi jumlah lawatan ulangan pelancong antarabangsa
ke Pulau Pinang setelah faktor penentu lawatan ulangan pelancong antarabangsa etnik Cina dan bukan Cina dapat
dikenal pasti. |
---|