Antara realiti dan harapan – Kajian empirikal persepsi majikan terhadap prestasi graduan tempatan

Cabaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masa kini ialah menyediakan modal insan yang benar-benar diperlukan oleh industri. Hasil tinjauan literatur menunjukkan kebanyakan graduan IPT tempatan tidak memiliki kemahiran kerja yang diperlukan di pasaran dan seolah-olah wujud ketidaksepadanan (mismatc...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zafir Mohd Makhbul,, Ishak Yussof,, Abd Hair Awang,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9531/1/3x.geografia-si-sept15-zafir_%281%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9531/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=10&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cabaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masa kini ialah menyediakan modal insan yang benar-benar diperlukan oleh industri. Hasil tinjauan literatur menunjukkan kebanyakan graduan IPT tempatan tidak memiliki kemahiran kerja yang diperlukan di pasaran dan seolah-olah wujud ketidaksepadanan (mismatch) dalam penyediaan graduan untuk pasaran kerja tempatan. Kajian lepas menunjukkan wujud ‘jurang kemahiran’ yang diperlukan oleh majikan dan yang dimiliki oleh graduan. Sering kali universiti dipersalahkan kerana dikatakan gagal memenuhi kehendak industri dan majikan. Atas dasar inilah, kajian yang dijalankan ini amat bermakna dalam menyuarakan kepada IPT dan pembuat dasar tentang tahap prestasi semasa graduan yang sedang bekerja dan kemahiran yang amat diperlukan oleh industri. Kaedah pengumpulan data kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan menerusi pos kepada Pengurus Sumber Manusia atau Pengurus Atasan syarikat swasta. Pengagihan soal selidik ini dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan mudah (convenience sampling method). Sebanyak 534 responden telah memberikan maklumbalas daripada 2000 soal selidik yang telah diposkan. Penemuan kajian menunjukkan jurang prestasi yang paling besar bagi graduan semasa yang sedang bekerja ialah komunikasi dan interpersonal dimana majikan beranggapan graduan belum mencapai kemahiran yang diperlukan. Ini diikuti dengan etika dan nilai, kemahiran berfikir, kepimpinan, membuat keputusan dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, perancangan kerja dan kemahiran lain. Prestasi graduan terhadap faktor kemahiran teknologi maklumat (ICT) ditanggap sebagai hampir memenuhi harapan majikan pada masa hadapan. Implikasi kajian ini penting kepada IPT dan pembuat dasar ke arah usaha memperbaiki sistem pendidikan tinggi negara melalui langkah-langkah yang boleh mengecilkan jurang kemahiran yang dinyatakan di atas.