Kejituan datum carta dalam tempoh cerapan pasang surut: kajian kes di Teluk Ewa, Pulau Langkawi

Kajian ini menghuraikan kejituan datum carta di stesen pasang surut Teluk Ewa, Pulau Langkawi. Data cerapan pasang surut selama 19 tahun di Teluk Ewa diproses dan dianalisa dengan menggunakan perisian pasang surut iaitu “RMN Asean Australia Tidal Software” bagi menentukan nilai datum carta model c...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Nizam Abdul Maulud,, Zaaim Hasan,, Othman A. Karim,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi. 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9514/1/14.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9514/
http://www.ukm.my/jkukm/?page_id=557
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menghuraikan kejituan datum carta di stesen pasang surut Teluk Ewa, Pulau Langkawi. Data cerapan pasang surut selama 19 tahun di Teluk Ewa diproses dan dianalisa dengan menggunakan perisian pasang surut iaitu “RMN Asean Australia Tidal Software” bagi menentukan nilai datum carta model cerapan 19 tahun (Datum rujuk), setiap tahun, 6 bulan, 3 bulan dan bulanan. Kejituan datum diuji mengikut pematuhan piawai Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO). IHO menetapkan ralat datum 5cm bagi pengukuran kelas khas dan 10cm bagi pengukuran kelas 1 dan ke bawah. Keputusan menunjukkan sisihan piawai bagi semua model datum carta (satu sigma) adalah kurang daripada 10cm namun tidak pada dua sigma. Aliran sisihan piawai datum carta menunjukkan ia semakin baik sekiranya tempoh cerapan semakin panjang. Namun begitu, tempoh cerapan tahunan merekodkan sisihan datum carta kurang daripada 11cm sepanjang 19 tahun. Kejadian pasang surut bersifat lokasi khusus maka pendekatan menyeluruh mengenai kejituan datum carta negara hanya dapat dimodelkan setelah kajian dilaksanakan terhadap semua stesen pasang surut.