Penilaian dan Pengurusan Psikologi Pemandiri Trauma

Artikel ini menghuraikan cara penilaian dan pengurusan psikologi untuk pemandiri trauma. Penilaian yang sesuai amat penting untuk mempastikan bahawa psikoterapi, rawatan tingkah laku dan rangkaian sokongan adalah mencukupi untuk keperluan jangka masa panjang pemandiri trauma atau sehingga individu t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Geshina Ayu Mat Saat,, Nadiah Syariani Md Shariff,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9400/1/10875-29607-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9400/
http://ejournal.ukm.my/jskm/article/view/10875
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menghuraikan cara penilaian dan pengurusan psikologi untuk pemandiri trauma. Penilaian yang sesuai amat penting untuk mempastikan bahawa psikoterapi, rawatan tingkah laku dan rangkaian sokongan adalah mencukupi untuk keperluan jangka masa panjang pemandiri trauma atau sehingga individu tersebut mampu berfungsi secara normal. Sejajar dengan misi Persatuan Psikologi Amerika (APA) Bahagian 56 (Psikologi Trauma), artikel ini mencadangkan garis panduan yang praktikal untuk ahli psikologi, kaunselor, dan pekerja kesihatan sosial. Isu yang dibincangkan termasuk takrifan trauma, gejala selepas kejadian dan pemulihan trauma. Antara jenis trauma yang diperiksa adalah kanser, kematian mengejut, penderaan seksual dan AIDS. Satu model bekerja untuk memulakan penilaian dibentangkan bersama-sama dengan modaliti rawatan projeksi. Sebagai tambahan, artikel ini juga mengandungi pengetahuan tentang pendidikan profesional dan umum mengenai penguraian (disoksiasi), trauma dan kecelaruan berkaitan trauma di samping memperkasakan pengetahuan mengenai trauma, penguraian serta kecelaruan berkenaan trauma kronik. Artikel ini juga menyokong komunikasi dan kerjasama sesama ahli klinik dan profesional lain dalam bidang penguraian dan trauma selain merangsang projek penyelidikan kebangsaan serta antarabangsa. Individu yang berlainan bertindak balas secara berlainan terhadap peristiwa yang sama. Seseorang berkemungkinan mengalami trauma sebagai reaksi terhadap peristiwa tersebut namun seseorang yang lain mungkin tidak. Bukan semua individu yang mengalami peristiwa yang berpotensi mengakibatkan trauma akan mengalami trauma secara psikologi.