Mengapa kami jadi begini? konflik masyarakat orang Seletar dan pembangunan Iskandar, Johor Bahru, Malaysia (conflicts in the Iskandar development region: the case of Johor Bahru’s Orang Seletar, Malaysia)

Kertas ini membicarakan impak pembangunan wilayah Iskandar kepada masyarakat asli Orang Seletar di lapan buah perkampungan yang terletak dalam Daerah Johor Bahru. Umumnya tinjauan yang dilakukan ke semua perkampungan tersebut mendapati komuniti Orang Seletar ini tidak menunjukkan keupayaan mereka un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasan Mat Nor,, Abd Rahim Md Nor,, Katiman Rostam,, Aishah@Eshah Mohamed,, Zaini Sakawi,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/925/1/2.2009-2-Hasan_MatNor-1_melayu_3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/925/
http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini membicarakan impak pembangunan wilayah Iskandar kepada masyarakat asli Orang Seletar di lapan buah perkampungan yang terletak dalam Daerah Johor Bahru. Umumnya tinjauan yang dilakukan ke semua perkampungan tersebut mendapati komuniti Orang Seletar ini tidak menunjukkan keupayaan mereka untuk bergerak bersama dan terserap ke dalam perubahan dan pembangunan yang kian pesat berkembang di Johor Bahru. Mereka masih hidup dalam kemiskinan dan meneruskan kegiatan tradisi menangkap ikan secara kecil-kecilan dikawasan perairan sekitar Selat Teberau. Antara faktor yang menyebabkan mereka berhadapan dengan kemelesetan kehidupan ialah kerana pembangunan Iskandar yang direncanakan itu bukan bertujuan untuk membela komuniti pinggiran seperti mereka, tetapi adalah untuk menjana ekonomi Johor dengan menjadikannya sebuah pusat perdagangan yang bertaraf dunia. Pembangunan tersebut hanya akan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang punya kemahiran, pengetahuan dan kewangan yang selaras dengan tuntutan global. Pembangunan tersebut bukan sahaja telah meminggirkan Orang Seletar lebih jauh daripada masyarakat arus perdana kerana kekurangan yang mereka miliki, tetapi juga telah merosakkan sumber pendapatan mereka akibat pencemaran dan sekatan yang dikenakan kepada mereka. Kesimpulannya, adalah wajar perkampungan mereka dipindahkan ke kawasan yang boleh dimajukan untuk pertanian. Selagi mereka tinggal dikawasan yang terdapat sekarang, dan terus bergantung kepada kegiatan menangkap ikan secara tradisi seperti yang mereka amalkan dan pencemaran akibat pembangunan yang sedang pesat berlaku disekitar tempat kediaman mereka, selagi itulah mereka akan terus terperangkap dalam kemiskinan.