Hubungan antara penyertaan dan kepuasan komuniti Iban terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan di Daerah Song, Sarawak

Tahap kepuasan golongan penerima manfaat terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan penting dalam mempengaruhi tingkat penyertaan mereka dalam program berkenaan. Tahap kepuasan yang tinggi terhadap bantuan program yang diterima diyakini menyumbang kepada tahap penyertaan komuniti yang tinggi d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kwok, Chin Hoe, Haris Abd. Wahab,, Asnarulkhadi Abu Samah,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9221/1/3x.GEOGRAFIA-mac15-Kwok-edkatam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9221/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=3&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tahap kepuasan golongan penerima manfaat terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan penting dalam mempengaruhi tingkat penyertaan mereka dalam program berkenaan. Tahap kepuasan yang tinggi terhadap bantuan program yang diterima diyakini menyumbang kepada tahap penyertaan komuniti yang tinggi dalam program pembasmian kemiskinan. Penyertaan yang tinggi ini pula seterusnya menyumbang kepada kejayaan program yang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan komuniti Iban terhadap bantuan program pembasmian kemiskinan, iaitu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dengan tahap penyertaan mereka dalam program di bawah skim berkenaan. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Seramai 260 orang responden yang terdiri daripada ketua isi rumah (KIR) di rumah panjang telah dipilih secara rawak. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan lebih daripada separuh (51.9%) KIR dalam kalangan komuniti Iban berada pada tahap sederhana dari segi kepuasan terhadap program di bawah SPKR. Analisis ujian statistik Khi Kuasa Dua pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p ≤ 0.05) antara tahap kepuasan terhadap program di bawah SPKR dengan tahap penyertaan mereka dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Penemuan ini menggambarkan bahawa semakin tinggi tahap kepuasan masyarakat terhadap bantuan program di bawah SPKR, semakin tinggi pula tahap penyertaan mereka dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah skim berkenaan.