Pakej penambahbaikan EIA di Malaysia: suatu ulasan kritis dalam aspek kawalan hakisan tanah dan sedimentasi
Hakisan tanah dan sedimentasi telah menjadi salah satu isu utama dalam pelaksanaan projek EIA di Malaysia. Pembukaan tanah secara tidak terkawal dalam melaksanakan projek EIA boleh menyumbang kepada berlakunya masalah hakisan tanah dan sedimentasi. Oleh yang demikian Jabatan Alam Sekitar mulai tah...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9188/1/3x.geografia-jun15-abdulrahman-edkatam.pdf http://journalarticle.ukm.my/9188/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=6&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Hakisan tanah dan sedimentasi telah menjadi salah satu isu utama dalam pelaksanaan projek EIA di Malaysia.
Pembukaan tanah secara tidak terkawal dalam melaksanakan projek EIA boleh menyumbang kepada berlakunya
masalah hakisan tanah dan sedimentasi. Oleh yang demikian Jabatan Alam Sekitar mulai tahun 2011 telah
melaksanakan pakej penambahbaikan EIA. Usaha ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah hakisan tanah
dan sedimentasi yang berlaku daripada projek EIA. Pakej tersebut memberi penekanan kepada tiga bidang utama
dalam sistem EIA di Malaysia, iaitu laporan EIA, laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan syarat-syarat
kelulusan EIA. Penambahbaikan ini dilihat cuba untuk mempercekap sistem pengurusan alam sekitar di Malaysia ke
arah meningkatkan kompetensi dalam kalangan perunding alam sekitar dan pemaju projek. Amalan pematuhan
kendiri (self regulation) turut diperkenalkan dalam pakej penambahbaikan ini. Artikel ini membincangkan pakej
penambahbaikan EIA yang telah dilaksanakan sejak empat tahun lalu oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Data
dalam tempoh empat tahun bagi pelaksanaan pakej penambahbaikan EIA telah dianalisa dan menunjukan terdapat
kegagalan oleh pemaju projek dan perunding alam sekitar bagi mematuhi skop penambahbaikan yang telah
ditetapkan. Kajian lanjut untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan pakej
penambahbaikan EIA ini perlu dijalankan bagi tujuan untuk penambahbaikan pelaksanaanya pada masa depan. |
---|