Variasi leksikon dan penyebaran dialek Melayu di Perak : satu pendekatan GIS

Penyelidikan tentang dialek geografi telah bertahun dilakukan namun peta isoglos yang terhasil masih menggunakan lakaran lukisan tangan, maka, kesannya peta yang terhasil adalah kurang jelas dan kabur (cf Ajid, Rohani dan Collins). Akhir-akhir ini, pendekatan antar-disiplin yang disokong oleh alat t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Hashimah Jalaluddin,, Zaharani Ahmad,, Harishon Radzi,, Mustaffa Omar,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2015
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9179/1/Variasi_leksinon_dan_penyebaran.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9179/
http://www.ukm.my/iman/index.php/en/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan tentang dialek geografi telah bertahun dilakukan namun peta isoglos yang terhasil masih menggunakan lakaran lukisan tangan, maka, kesannya peta yang terhasil adalah kurang jelas dan kabur (cf Ajid, Rohani dan Collins). Akhir-akhir ini, pendekatan antar-disiplin yang disokong oleh alat teknologi moden telah berjaya menyelesaikan masalah ini. Sistem Geographical Information System (GIS) yang menggunakan teknik ‘interpolation’ yang boleh menyimpan sejumlah besar data ruang, mampu melakukan analisis dan menghasilkan peta kartografi terbukti lebih boleh dipercayai dalam membina garisan isoglos yang lebih tepat untuk variasi leksikon dan penyebaran dialek mengikut ruang. Kajian ini bertujuan menggunakan pendekatan antar-disiplin ini dalam menilai variasi dan taburan dialek Melayu yang dituturkan di Perak. Persampelan ‘purposive’ berasaskan kepada empat kategori umur serta jantina diambil daripada 150 orang penutur jati Melayu. Dalam dapatan awal, negeri Perak menunjukkan percampuran dialek Melayu khususnya di bahagian utara. Perbezaan dialek dari negeri-negeri berjiran mempunyai pengaruh yang besar pada dialek Melayu di Perak. Hasilnya, kita akan ada ‘deme’ dan ‘mike’ yang merujuk kepada ‘mereka’, manakala variasi leksikon lain ‘depa’ ditemui di daerah barat laut Perak. Yang menariknya penghijrahan masyarakat selatan Siam terutamanya Muslim Pattani ke Malaysia sebelum kemerdekaan telah mencetuskan variasi dialek yang signifikan di Perak. Masyarakat ini yang menetap di utara dan timur laut Perak menggunakan ‘deme’. Satu lagi dapatan menarik ialah, komuniti ini telah mencipta beberapa variasi baru seperti ‘ha’ bukannya ‘hang’ merujuk kepada ‘kamu’ dan ‘muha’ iaitu kombinasi ‘mu’ (kamu) dan ‘ha’ (kamu) untuk bentuk jamak. Apa yang lebih jelas adalah topografi bertindak sebagai salah satu faktor penyumbang dalam menentukan variasi leksikon dan penyebaran dialek di negeri itu.