Model pemantapan kebolehgajian graduan teknologi maklumat: kajian kes di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia merangka strategi yang berterusan bagi memasti kebolehgajian graduan lepasan universiti tempatan, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (TM). Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, mengambil inisia...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9098/1/9844-27634-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/9098/ http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/631 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia merangka strategi yang berterusan bagi memasti kebolehgajian
graduan lepasan universiti tempatan, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (TM). Fakulti Teknologi dan
Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, mengambil inisiatif meningkat
kebolehgajian dan kualiti graduan dengan menubuh Unit Pembangunan Industri dan Profesional (UPIP) di bawah
Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM). Bagi merealisasi strategi tersebut, satu kajian mengguna
pendekatan Kajian Tindakan dilaksana bagi membangun Model Pemantapan Kebolehgajian Graduan. (Graduate
Employability enhanceMent (GEM)). Model tersebut membentuk pelan bagi menghasil graduan yang
berpengetahuan luas, kompeten dan sedia-industri. Model GEM mengandungi trek program yang menambah baik
Sistem Pengajian Prasiswazah berlandaskan moto “GEM programme nurtures nations great IT Professionals”.
Program GEM menjadi platform penyaluran teknologi dan latihan profesional daripada sektor industri dan
perkhidmatan. Model GEM disah melalui pelaksanaan satu program GEM iaitu FTSM Summer School dengan kerjasama International Business Machine (IBM). Analisis program mendapati majoriti peserta berjaya mendapat
pekerjaan dalam tempoh dua bulan selepas menjalani program. Program GEM juga didapati menambah nilai dua
kursus prasiswazah melalui kandungan modul teknologi terkini sekali gus mengesah model GEM dapat memantap
kebolehgajian graduan TM khususnya di FTSM. |
---|