Fenomena novel popular Islam di Malaysia dan Indonesia: bacaan khusus terhadap novel Ayat-ayat Cinta dan Salju Sakinah
Artikel ini meneruskan perbincangan tentang novel popular Islam yang menjadi fenomena di Malaysia dan Indonesia sekitar awal tahun 2003 sehingga kini. Kecenderungan para penulis yang berlatar-belakangkan sastera Islam serius dan kemudiannya menghasilkan sastera Islam popular dilihat sesuatu yang...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9059/1/9573-25887-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/9059/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini meneruskan perbincangan tentang novel popular Islam yang menjadi fenomena di
Malaysia dan Indonesia sekitar awal tahun 2003 sehingga kini. Kecenderungan para penulis yang
berlatar-belakangkan sastera Islam serius dan kemudiannya menghasilkan sastera Islam popular
dilihat sesuatu yang ironis. Jika novel Islam serius menuntut penulis memaknakan falsafah dan
pemikiran dalam karyanya, novel popular Islam pula dianggap ‘mengikut selera semasa’. Cirinya
yang lain terdapat pada judul, ilustrasi dan kulit buku, tema serta latar-belakang penerbit. Kajian
ini memfokuskan novel Salju Sakinah (2011) oleh Zaid Akhtar dan Ayat-Ayat Cinta (2006) oleh
Habiburrahman El-Shirazy. Kajian mendapati bahawa dua penulis ini menjadikan ciri popular
sebagai strategi untuk menyampaikan agama Islam dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun,
Zaid Akhtar memfokuskan penyampaian dakwah kepada Muslim di Malaysia dan
Habiburrahman El-Shirazy mengutarakan hubungan harmoni antara Muslim dengan Kristian
yang lebih global. |
---|