Penelitian tingkah laku inovasi firma makanan halal kecil di Malaysia: satu analisis tentatif

Inovasi memainkan peranan penting untuk mengekalkan kelangsungan dan pertumbuhan entiti perniagaan. Peranan inovasi semakin penting dalam konteks pasaran yang memiliki ciri tahap ketepuan yang tinggi, matang, bergelora dan mempunyai halangan kemasukkan yang rendah Sehubungan itu, pasaran produk ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suraiya Ishak,, Abd Hair Awang,, Mohd Yusof Hussain,, Ahmad Raflis Che Omar,, Sarmila Md Sum,, Suhana Saad,, Zaimah Ramli,, Azima Abdul Manaf,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8906/1/6x.geografia-febl15-suraiya-edam3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8906/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=2&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Inovasi memainkan peranan penting untuk mengekalkan kelangsungan dan pertumbuhan entiti perniagaan. Peranan inovasi semakin penting dalam konteks pasaran yang memiliki ciri tahap ketepuan yang tinggi, matang, bergelora dan mempunyai halangan kemasukkan yang rendah Sehubungan itu, pasaran produk makanan halal dijangka terdedah kepada sebahagian atau kesemua ciri pasaran yang dinyatakan dan menjustifikasi keperluan melakukan inovasi. Isu ini semakin kritikal apabila melibatkan konteks firma berskala kecil-sederhana. Kajian ini merupakan kesinambungan penelitian mengenai amalan inovasi dalam konteks entiti perniagaan bersaiz kecil dengan tumpuan khusus kepada pengusaha kecil dalam sektor pembuatan makanan halal di Malaysia. Pengumpulan data dilakukan melalui temubual mendalam dengan 6 orang responden dengan berpandu kepada soalan berstruktur yang telah dibangunkan. Rakaman perbualan telah ditranskrip dan dianalisa mengikut tema yang muncul. Hasil kajian menunjukkan pengusaha makanan halal tersebut ada mengamalkan inovasi tertentu khususnya dalam kategori Kuadran 3, 4 dan 7. Ia merujuk kepada inovasi bentuk menokok, dipelajari (Kuadran 3 & 4), penciptaan sendiri (Kuadran 7) dan dikenakan samada terhadap produk atau servis atau pasaran (Kuadran 3 & 7) mahupun proses atau pentadbiran atau aktviti pemasaran (Kuadran 4 & 7). Justeru disimpulkan aktiviti inovasi di kalangan firma pembuat makanan halal bersaiz kecil-sederhana masih di peringkat permulaan dengan momentum gerakan yang relatifnya perlahan.