Prospek penapisan kendiri: analisis wacana sinema serantau
Industri perfileman Malaysia kini dilihat memasuki fasa baru pengawalseliaan dalam konteks pelaksanaan sistem penapisan filem kendiri. Kini khalayak filem dari golongan kelas menengah Malaysia yang penting itu mungkin berdepan tuntutan yang lebih kuat dari sebelumnya dari badan pemantau. Industri...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8902/1/2x.geografia-feb15-badrul-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/8902/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=2&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Industri perfileman Malaysia kini dilihat memasuki fasa baru pengawalseliaan dalam konteks pelaksanaan sistem
penapisan filem kendiri. Kini khalayak filem dari golongan kelas menengah Malaysia yang penting itu mungkin
berdepan tuntutan yang lebih kuat dari sebelumnya dari badan pemantau. Industri kreatif pula akan semakin tercabar
untuk mengawalselia kandungan dan matlamat produksi mereka. Persoalannya, sejauh manakah kedudukan titik
kompromi dalam melaksanakan sistem penapisan filem kendiri? Hal ini kerana imaginari sosial filem dilihat
semakin berkompromi nilai dan etika semasa dan logika sosiobudaya lokal. Di dalam makalah ini prospek persoalan
ini dianalisis secara reflektif dalam konteks sinema serantau yang aktif iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand
menerusi pendekatan analisis kritis wacana. Data empirikal dalam bentuk titik konvergens dan divergens dalam
perlaksanaan dasar dan mekanisma penapisan filem memberikan pencerahan terhadap prospek penapisan filem
kendiri yang semakin mencabar standard dan amalan penapisan perfileman di negara ini. Hasil analisis merumuskan
inisiatif penapisan kendiri harus mampu mendidik pemain industri kreatif ini supaya melalui proses pembikinan
filem yang berakauntabiliti dari aspek wajaran dan piawaian etika dan moral serta elemen-elemen naratif dan estetik
yang dirasakan tidak berkonflik dengan empat teras sistem penapisan filem iaitu “keselamatan dan ketenteraman
awam; keagamaan; sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan” seperti yang diperingatkan oleh Lembaga
Penapisan Filem selaku pihak berwajib. |
---|