Pelancongan Islam: suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia
Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan p...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8899/1/17ok.geografia-jan15-jabilmapjabil-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/8899/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=1&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas
tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin
mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan pelancong antarabangsa telah
berubah dan memberikan manfaat kepada pembangunan pelancongan di negara Islam. Pelancongan Islam sering
dikaitkan dengan pelancongan budaya, keagamaan dan spiritual. Sehingga kini, tidak terdapat satu pengertian yang
khusus tentang konsep pelancongan Islam. Kepentingan dan keperluan perjalanan dalam Islam ditegaskan dalam
beberapa surah Al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan beberapa konsep perjalanan dalam Islam seperti haji, umrah,
rihlah, ziyara dan tabligh. Daripada perspektif Islam, konsep pelancongan dilihat dalam spektrum yang lebih luas.
Ia adalah suatu ibadah, manifestasi dalam menghayati kebesaran ciptaan Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya.
Pelancongan Islam melibatkan tiga komponen utama iaitu ekonomi, kebudayaan dan keagamaan konservatif.
Dalam konteks implikasinya kepada Malaysia, penubuhan Pusat Pelancongan Islam pada awal tahun 2010 menjadi
platform terbaik dalam memperkasakan pembangunan sektor pelancongan Islam negara. Sorotan konsep dan
teoretikal ini diharap menjadi asas dan rujukan berguna untuk pengkajian lanjutan tentang pelbagai isu pelancongan
Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya. |
---|