Bahasa sempadan Malaysia-Thailand: pengekalan vs peralihan bahasa

Isu sempadan dapat dibincangkan dalam pelbagai aspek, misalnya aspek geografi, politik, bahasa dan identiti. Aspek geografi berkait dengan politik kerana sempadan sesebuah negara ditentukan oleh sempadan politik. Sempadan bahasa pula lebih luas sifatnya kerana dapat melangkaui batasan politik dan ge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Fadzeli Jaafar,, Norsimah Mat Awal,, Mohammed Azlan Mis,, Hayati Lateh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8591/1/1-9_Fazeli_et_al.UKM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8591/
http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu sempadan dapat dibincangkan dalam pelbagai aspek, misalnya aspek geografi, politik, bahasa dan identiti. Aspek geografi berkait dengan politik kerana sempadan sesebuah negara ditentukan oleh sempadan politik. Sempadan bahasa pula lebih luas sifatnya kerana dapat melangkaui batasan politik dan geografi. Penggunaan bahasa dominan secara meluas dapat juga memberi kesan kepada bahasa minoriti yang dituturkan oleh komuniti bahasa yang tertentu. Jika ini terjadi, maka telah berlaku peralihan bahasa dalam kalangan penutur bahasa minoriti. Dalam kes yang lain, penutur bahasa minoriti boleh juga mempertahankan bahasanya daripada desakan bahasa majoriti. Kes seperti ini dapat dihubungkan dengan konsep pengekalan bahasa. Artikel ini secara khususnya akan membincangkan penggunaan bahasa di sempadan Malaysia-Thailand, yang akan dihubungkan dengan konsep peralihan bahasa dan pengekalan bahasa. Kajian ini telah mendapatkan 202 responden yang dapat mewakili komuniti penutur di kedua-dua kawasan kajian. Responden kajian hanya terdiri dari komuniti penutur yang tinggal di Rantau Panjang dan Golok sahaja. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat penggunaan bahasa ialah soal selidik. Kajian ini turut menggunakan dua kaedah lain, iaitu pemerhatian langsung dan temu bual sebagai pelengkap. Berdasarkan konsep domain yang dianjurkan oleh Fishman (1972), kajian ini tertumpu pada dua domain perniagaan dan keluarga. Hasil kajian menunjukkan dialek Kelantan adalah yang paling dominan digunakan di kawasan kajian. Hal ini menunjukkan wujudnya pengekalan bahasa di sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di Golok, apabila majoriti responden memilih dialek Melayu Patani berbanding bahasa Thai. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual, didapati bahawa motivasi yang mendorong komuniti di Golok mengekalkan dialek Melayu Patani ditentukan oleh faktor budaya, politik dan bahasa.