Memupuk perpaduan di Malaysia: Unsur-unsur penyatuan di sebalik imbuhan bahasa Iban Sarawak purba

Kajian sistem pengimbuhan yang melibatkan tiga varian Iban Sarawak, iaitu Sri Aman, Betong, dan Sarikei, jelas memperlihatkan bahawa awalan kata kerja {N}, {-}, {(R)-}, {(R)-} dan {N-}; awalan kata nama {N-}; awalan kata adjektif {N-}; akhiran {-} dan apitan kata kerja {N-} dan {t-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahim Aman,, Muhammad Nur Latif,, Shahidi, A. H.
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8342/1/20x.geografia-nov14-rahimaman-edam4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8342/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian sistem pengimbuhan yang melibatkan tiga varian Iban Sarawak, iaitu Sri Aman, Betong, dan Sarikei, jelas memperlihatkan bahawa awalan kata kerja {N}, {-}, {(R)-}, {(R)-} dan {N-}; awalan kata nama {N-}; awalan kata adjektif {N-}; akhiran {-} dan apitan kata kerja {N-} dan {t-ka} mempunyai tahap kesepadanan yang tinggi antara varian. Sebaliknya, awalan kata nama {-}; awalan kata adjektif {N-}; dan apitan kata kerja {-}, {-} dan {N-} wujud secara tidak sepadan antara varian Ibanik Sarawak. Perbezaan yang wujud mungkin disebabkan hasil dapatan yang dimanfaatkan oleh pengkaji hanya bersumberkan satu hingga dua buah cerita rakyat sahaja yang masing-masing mewakili setiap bahagian. Pengkaji berkeyakinan bahawa masih ada lagi beberapa jenis imbuhan yang sepatutnya wujud dalam sesebuah varian tersebut, namun disebabkan kajian imbuhan ini berlandaskan sumber daripada rakaman cerita, telah menyebabkan sesetengah imbuhan berkenaan tidak digunakan. Tingkat perbezaan yang minimum jelas menggambarkan bahawa keterikatan antara ketiga-tiga varian tersebut tidak dapat dipertikaikan lagi. Setelah dianalisis, terbukti bahawa sistem imbuhan turut membantu menjelaskan jauh dekatnya hubungan kekerabatan antara varian Ibanik Sarawak dan sekaligus menunjukkan kesepaduan Ibanik dengan Melayu.