Impak globalisasi terhadap produktiviti faktor keseluruhan (TFP) sektor perkhidmatan di Malaysia
Sektor perkhidmatan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu sektor utama untuk menggerakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Sepertimana yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe- 10), sektor perkhidmatan dilihat sebagai bidang baru yang dapat memacu eko...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8114/1/5600-13498-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/8114/ http://ejournals.ukm.my/jem/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sektor perkhidmatan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu sektor utama untuk menggerakkan negara ke
arah ekonomi berpendapatan tinggi. Sepertimana yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-
10), sektor perkhidmatan dilihat sebagai bidang baru yang dapat memacu ekonomi Malaysia supaya dapat bersaing
dengan negara-negara membangun serta dapat meningkatkan martabat negara dan seterusnya dapat mencapai misi
Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, globalisasi dilihat sebagai salah satu cabaran besar untuk mengangkat martabat
sektor ini dalam menerajui ekonomi negara. Globalisasi memainkan peranan penting serta memberi impak dalam sektor
perkhidmatan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Proses globalisasi seperti penyertaan buruh asing,
perdagangan antarabangsa, pelaburan langsung asing dan sebagainya dikatakan akan mempengaruhi produktiviti
faktor keseluruhan (TFP) sektor perkhidmatan. Objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis kesan globalisasi
terhadap TFP sektor perkhidmatan di Malaysia. Analisis dalam artikel ini akan menggunakan Ujian Panel Statik dan
juga Ujian Panel Dinamik. Hasil analisis menunjukkan bahawa globalisasi amat memberi pengaruh kepada TFP sektor
perkhidmatan di Malaysia. Hasil selanjutnya menunjukkan semua pemboleh ubah iaitu pelaburan langsung asing (FDI),
keterbukaan ekonomi (OPN) dan teknologi (TEC) mempunyai hubungan yang signifikan dalam jangka masa panjang. |
---|