Faktor-Hubungan Kedinamikan Dalaman dengan Keberkesanan Pasukan Maya: Satu Tinjauan di Organisasi Bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) yang Terpilih
Kajian ini mengkaji hubungan kedinamikan dalaman pasukan maya dari segi kekerapan penggunaan media komunikasi dengan keberkesanan pasukan maya. Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedar 363 soal selidik kepada staf yang berpengalaman bekerja berorientasikan pasukan maya dalam organisasi bertaraf...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysian
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8030/1/V30_s_12.pdf http://journalarticle.ukm.my/8030/ http://www.ukm.my/jkom/index.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini mengkaji hubungan kedinamikan dalaman pasukan maya dari segi kekerapan penggunaan media komunikasi dengan keberkesanan pasukan maya. Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedar 363 soal selidik kepada staf yang berpengalaman bekerja berorientasikan pasukan maya dalam organisasi bertaraf MSC di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ujian Korelasi Spearman digunakan untuk menguji hubungan antara kekerapan penggunaan media komunikasi (panggilan telefon, mel suara, faks, e-mel, pemesejan segera, telepersidangan audio, telepersidangan video, sistem pangkalan data bersama, dan komunikasi bersemuka) dengan keberkesanan pasukan maya (pencapaian pasukan, kepuasan ahli pasukan dan kualiti pembuatan keputusan pasukan). Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan penggunaan panggilan telefon, e-mel dan sistem pangkalan data bersama mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan keberkesanan pasukan maya. Hasil kajian juga membuktikan bahawa kekerapan penggunaan komunikasi bersemuka dan mel suara mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan dengan keberkesanan pasukan maya. Walau bagaimanapun,penggunaan faks, pemesejan segera, telepersidangan audio dan
telepersidangan video tidak mempunyai hubungan yang signifikan
dengan keberkesanan pasukan maya. Berdasarkan hasil kajian ini,
penggunaan panggilan telefon, e-mel dan sistem pangkalan data
bersama menyumbang kepada keberkesanan pasukan maya. |
---|