Faktor perceraian di mahkamah syariah bahagian Mukah, Sarawak dari Tahun 2000 hingga 2010

Kajian ini dibuat bertujuan bagi mengenal pasti faktor-faktor perceraian yang berlaku di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah dari tahun 2000 hingga 2010. Sebanyak 356 kes dikaji melibatkan pelbagai jenis perceraian dalam Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak, juga termasuk kes-kes yang dibatalkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abe Sohpian Abdul Rahman,, Zuliza Mohd Kusrin,, Anwar Fakhri Omar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8010/1/6999-17854-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8010/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibuat bertujuan bagi mengenal pasti faktor-faktor perceraian yang berlaku di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah dari tahun 2000 hingga 2010. Sebanyak 356 kes dikaji melibatkan pelbagai jenis perceraian dalam Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak, juga termasuk kes-kes yang dibatalkan dan ditarik balik iaitu sebanyak 44 kes. Kajian ini menggunakan kaedah analisis data daripada fail-fail kes dan borang maklumat aduan Jabatan Agama Islam Mukah. Faktor perceraian berdasarkan demografi plaintif dan defendan. Antara aspek yang dikaji ialah umur perkahwinan, umur suami dan isteri, pendapatan, jumlah anak, latar belakang pendidikan dan alasan perceraian. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa pengabaian tanggungjawab antara pasangan merupakan faktor dalaman paling utama berlakunya perceraian di kawasan Mukah, Sarawak selain faktor luaran iaitu perkahwinan di usia muda dan pendapatan keluarga.