Gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar dalam reka bentuk aturcara
Sains Komputer melibatkan konsep abstrak dan dinamik yang sukar difahami pelajar mengguna metod pengajaran dan pembelajaran tradisional. Isu sebilangan pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) yang tidak dapat menguasai kemahiran pengaturcaraan dan isu tenaga pengajar yang mengajar seca...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7920/1/5151-19037-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/7920/ http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sains Komputer melibatkan konsep abstrak dan dinamik yang sukar difahami pelajar mengguna metod pengajaran
dan pembelajaran tradisional. Isu sebilangan pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) yang tidak
dapat menguasai kemahiran pengaturcaraan dan isu tenaga pengajar yang mengajar secara bertentangan dengan
gaya pembelajaran majoriti pelajar memotivasi kajian berkaitan dengan gaya pembelajaran pelajar bidang Sains
Komputer dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar bidang Sains
Komputer dan mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang cemerlang dalam kursus Reka Bentuk Aturcara
dan Penyelesaian Masalah. Seramai 143 pelajar prasiswazah FTSM melengkapkan soal selidik yang mengandungi
instrumen Index of Learning Styles (ILS). Data dianalisis secara deskriptif bagi mengukur kecenderungan gaya
pembelajaran pelajar dalam empat dimensi ILS. Analisis pencapaian kursus Reka Bentuk Aturcara dan
Penyelesaian Masalah di antara pelajar berlainan gaya pembelajaran dilaksana dengan mengguna ujian-t dan
korelasi Spearman. Kajian mendapati bagi dimensi penderiaan/intuitif, pelajar cenderung melihat maklumat
secara penderiaan berbanding secara intuitif. Manakala bagi dimensi visual/verbal, majoriti pelajar gemar
maklumat disampai secara visual berbanding secara verbal. Bagi dimensi berjujukan/global pula, pelajar
cenderung memahami maklumat secara berjujukan berbanding secara global. Kajian ini mendapati majoriti
pelajar (80.4%) cenderung memproses maklumat secara aktif tetapi memperoleh pencapaian kursus Reka Bentuk
Aturcara yang kurang baik berbanding minoriti pelajar yang cenderung memproses maklumat secara reflektif.
Pengajaran secara kuliah (pelajar mendengar kuliah secara pasif ) didapati tidak sepadan dengan gaya
pembelajaran majoriti pelajar yang cenderung memproses maklumat secara aktif. Begitu juga, pengajaran secara
teori dan berbentuk abstrak melibatkan teks sepenuhnya adalah tidak sepadan dengan majoriti pelajar yang
cenderung melihat maklumat secara penderiaan. Hasil kajian ini berguna sebagai panduan dalam membina
repositori objek pembelajaran dalam talian bertujuan bagi pembelajaran arah diri. |
---|