Mitos dan legenda sebagai produk pelancongan di Malaysia: kajian kes Lembah Lenggong

Setiap tempat mempunyai legenda dan mitos yang tersendiri. Ada yang menarik dan terus disebarkan, namun ada juga yang sudah dilupakan. Unsur mitos dan legenda yang menarik, jika dipakejkan berupaya menambah daya saing sesuatu destinasi pelancongan. Artikel ini membincangkan kesesuaian membangunkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatimah Hassan,, Hamid Mohd. Isa,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7872/1/15x.geografia-okt2014-fatimah2-edkatam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7872/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap tempat mempunyai legenda dan mitos yang tersendiri. Ada yang menarik dan terus disebarkan, namun ada juga yang sudah dilupakan. Unsur mitos dan legenda yang menarik, jika dipakejkan berupaya menambah daya saing sesuatu destinasi pelancongan. Artikel ini membincangkan kesesuaian membangunkan unsur mitos dan kisah legenda setempat sebagai produk pelancongan budaya menggunakan Lembah Lenggong sebagai kes kajian. Lembah Lenggong yang telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO memiliki beberapa mitos dan legenda yang berupaya menjadi tarikan pelancong. Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual berstruktur, mitos dan legenda Lembah Lenggong telah dikenal pasti dan dianalisis. Antaranya termasuklah kisah Gua Puteri, Batu Puteri @ Batu Gajah dan asal usul nama Lenggong. Mitos dan legenda ini berserta empat mitos daripada komuniti Orang Asli suku Lanoh didapati berpotensi untuk dipakejkan menjadi produk pelancongan di Lembah Lenggong. Langkah membangunkan unsur mitos dan legenda tersebut melalui usaha pemeliharaan artifak, pendokumentasian dan menganimasikan wajar dilakukan segera agar ia dapat kekal menjadi tarikan pelancong di Lembah Lenggong pada masa hadapan.