Memahami keinginan pelancong Malaysia melancong ke Bandaraya Ho Chin Minh, Vietnam - Faktor pemilihan agensi pelancongan
Pelancongan antarabangsa cenderung membawa kepada kemajuan in situ dan juga pembangunan negara tuan rumah dalam jangka masa panjang. Malaysia kini semakin peka kepada keperluan mewujudkan keselesaan sepanjang perjalanan bagi pelancong antarabangsa melalui agensi pelancongan terpilih. Memandangkan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7871/1/14x.geografia-okt14-Rosniza_Aznie_etal-edam2.pdf http://journalarticle.ukm.my/7871/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelancongan antarabangsa cenderung membawa kepada kemajuan in situ dan juga pembangunan negara tuan rumah
dalam jangka masa panjang. Malaysia kini semakin peka kepada keperluan mewujudkan keselesaan sepanjang
perjalanan bagi pelancong antarabangsa melalui agensi pelancongan terpilih. Memandangkan meningkatnya
kunjungan masyarakat Malaysia ke Ho Chin Minh, Vietnam bagi pelbagai tujuan pelancongan ekoran wujudnya
laluan tambahan penerbangan tambang murah artikel ini membincangkan proses pemilihan agensi pelancongan
dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berkunjung ke Ho Chin Minh. Data untuk kajian ini dikumpulkan pada
2011 hingga 2013 melalui edaran borang soal selidik di pintu keluar Ho Chin Minh iaitu di Lapangan Antarabangsa
Tan Son Nhat yang melibatkan 289 responden yang pernah menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Hasil
analisis merumuskan empat penemuan utama: (1) imej dan gambaran negatif sebelum lawatan kepada keterujaan
lawatan semula dalam kalangan pelancong; (2) kepercayaan dan kemudahsampaian maklumat dan hubungan di
antara pelancong dengan pihak agensi pelancongan merupakan faktor utama pemilihan di samping penawaran harga;
(3) persepsi dan penerimaan pelancong terhadap penawaran sebenar yang diberikan oleh agensi pelancongan adalah
pada kadar sederhana hingga hebat; dan (4) bandaraya Ho Chin Minh merupakan destinasi pelancongan selamat
bagi tujuan pelancongan ulangan yang boleh dijalankan tanpa penglibatan agensi pelancongan. Kesimpulannya,
dapatan ini dapat di manfaatkan oleh pihak berkepentingan terutamanya organisasi berasaskan sektor pelancongan
dan hospitaliti dan masyarakat umum yang sedang memilih destinasi sesuai untuk melancong. |
---|