Faktor persekitaran sekolah dan etnik dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis dan menilai pengaruh pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah terhadap tahap penguasaan bahasa Melayu para pelajar Melayu dan Cina. Data kajian diperolehi melalui pentadbiran borang soal selidik kepada para pemaklum kajian. Borang soal selidik ini mengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkifley Hamid,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7863/1/8x.geografia-okt14-Zulkifley-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7863/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk menganalisis dan menilai pengaruh pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah terhadap tahap penguasaan bahasa Melayu para pelajar Melayu dan Cina. Data kajian diperolehi melalui pentadbiran borang soal selidik kepada para pemaklum kajian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengumpul data demografi para pemaklum. Bahagian B menguji tahap penguasaan pengetahuan nahu para pelajar, dan bahagian C menguji tahap penguasaan kecekapan berbahasa Melyu. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap penguasaan pengetahuan bahasa Melayu di antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina. Dapatan kajian juga menunjukkan persekitaran sekolah hanya mempengaruhi para pelajar Melayu dengan ertikata prestasi bahasa Melayu mereka menurun apabila di tempatkan di dalam bilik darjah yang ramai pelajar Cina meskipun bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka. Kajian ini membayangkan bahawa pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah boleh memberikan impaks yang signifikan terhadap proses perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.