Adakah saluran pinjaman bank dasar monetari relevan? kajian data panel dari Indonesia

Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kerelevanan saluran pinjaman bank (bank lending channel) di Indonesia dengan menggunakan data pada peringkat bank yang bermula pada tahun 1990 hingga 2010. Kaedah data panel statik iaitu model kesan tetap (fixed effects) dan kesan rawak (random effects) telah di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkefly Abdul Karim,, Noraini Abdullah,, Fathin Faizah Said,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7575/1/7126-18233-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7575/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kerelevanan saluran pinjaman bank (bank lending channel) di Indonesia dengan menggunakan data pada peringkat bank yang bermula pada tahun 1990 hingga 2010. Kaedah data panel statik iaitu model kesan tetap (fixed effects) dan kesan rawak (random effects) telah digunakan untuk menganggar fungsi penawaran pinjaman bank di Indonesia. Selain daripada pemboleh ubah dasar monetari, beberapa pemboleh ubah makroekonomi (KDNK benar dan inflasi) dan pemboleh ubah khusus bank (saiz bank, kecairan, dan modal bank) juga diambil kira dalam menganggarkan fungsi penawaran pinjaman bank. Hasil kajian menyokong kewujudan saluran pinjaman bank di Indonesia yang menjelaskan penawaran pinjaman bank adalah berhubungan secara negatif dan signifikan dipengaruhi oleh dasar monetari. Pemboleh ubah khusus bank seperti kecairan dan nisbah modal juga signifikan dan berhubungan secara negatif, manakala saiz aset pula signifikan dan berhubungan secara positif dengan penawaran pinjaman bank.