Tradisi linguistik barat dan arab di Malayonesia abad Ke-19
Tradisi linguistik Barat dan Arab-Islam memiliki perbezaan yang jelas. Hal ini sesuai dengan tanggapan mengenai ketidakneutralan ilmu kerana setiap ilmu sangat dipengaruhi oleh kebudayaan, agama, ideologi, atau isme-isme lainnya. Justeru, sesuatu ilmu yang terbangun dalam sesebuah kebudayaan tert...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7557/1/01.pdf http://journalarticle.ukm.my/7557/ http://www.ukm.my/j-melayu/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tradisi linguistik Barat dan Arab-Islam memiliki perbezaan yang jelas. Hal ini sesuai
dengan tanggapan mengenai ketidakneutralan ilmu kerana setiap ilmu sangat dipengaruhi
oleh kebudayaan, agama, ideologi, atau isme-isme lainnya. Justeru, sesuatu ilmu yang
terbangun dalam sesebuah kebudayaan tertentu menghasilkan ilmu yang berbeza dengan
kebudayaan lainnya. Hal yang sama kelihatan dalam ilmu linguistik. Oleh sebab itu,
Barat dan Arab-Islam memperlihatkan pengertian ilmu linguistik dan bahasa yang
berbeza. Bagi tradisi linguistik Barat selepas 1700-an menitiberatkan pemerian bahasa
secara “apa adanya”; manakala, tradisi linguistik Arab-Islam berpangkal pada pemerian
bahasa secara “apa yang sepatutnya.” Makalah ini, membincangkan keberadaan
penerapan cara-gaya pemerian kedua-dua tradisi dalam memeri dan menganalisis nahu
bahasa Melayu sebelum tahun 1900-an. Penerapan kedua-dua tradisi tersebut dilihat
dalam karya dua orang penahu bahasa Melayu abad ke-19, iaitu Raja Ali Haji dan
William Marsden. Penulis menjadikan karya-karya mereka berdua sebagai objek
penjejakan penerapan kaedah nahu bersumberkan tradisi linguistik Barat dan Arab-Islam
seperti Bustan al-Katibin (1850) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1858) oleh Raja Ali
Haji dan A Dictionary and Grammar of Malayan Languages (1812) oleh William
Marsden. Analisis pengelasan kata dalam karya-karya kedua-dua bahasawan tersebut
membuktikan bahawa Raja Ali Haji dalam pemerian nahunya berpegang pada paradigma
yang terbina daripada tradisi linguistik Arab-Islam; manakala, William Marsden pula
berpegang pada paradigma yang dibangunkan daripada tradisi linguistik Barat. |
---|