Kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M): satu kajian kes di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan

Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang diperkenalkan mulai tahun 2006 adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membantu murid Tahun I menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia bagi menangani masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Nor Puteh,, Juti Ranti,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7540/1/SCAN_TO_WORD_1_20140911124352113.PDF
http://journalarticle.ukm.my/7540/
http://www.ukm.my/fpendidikan
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang diperkenalkan mulai tahun 2006 adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membantu murid Tahun I menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia bagi menangani masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M. Orientasi pendekatan KIA2M berbentuk penyelesaian masalah melalui pengajaran semula secara intensif kemahiran asas membaca dan menulis yang sepatutnya telah pun dikuasai oleh murid. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di sebuah sekolah rendah di pedalaman. Dapatan kajian mendapati kemajuan literasi murid yang pernah mengikuti program KIA2M mulai tahun 2006 di sekolah tersebut amat menggalakkan di mana majoriti murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Artikel ini juga membincangkan bagaimana guru-guru yang mengendalikan KIA2M di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan berupaya membimbing murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.