Potensi premis penginapan kecil dan sederhana dalam pembangunan pelancongan pantai di Kelantan
Industri pelancongan di Kelantan merupakan satu industri yang penting pada tahun 2012. Anggaran dalam menarik enam juta pelancong sempena TMK12 akan memberi cabaran terutamanya kepada penyediaan premis penginapan yang mencukupi terutama bagi premis penginapan kecil dan sederhana. Pembangunan premi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7143/1/18a.geografia-apr-2014-asran1-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/7143/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Industri pelancongan di Kelantan merupakan satu industri yang penting pada tahun 2012. Anggaran dalam menarik
enam juta pelancong sempena TMK12 akan memberi cabaran terutamanya kepada penyediaan premis penginapan
yang mencukupi terutama bagi premis penginapan kecil dan sederhana. Pembangunan premis penginapan kecil
sederhana mampu memberi tarikan berlainan kepada pelancong terutamanya yang terletak di kawasan desa
berpantai. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan beberapa aspek penting dalam perancangan infrastruktur premis
penginapan kecil sederhana. Fokus ialah kepada aspek infrasturuktur kerana ia merupakan tarikan utama dalam
industri pelancongan di Kelantan terutamanya semasa Tahun Melawat Kelantan 2012. Oleh itu, perbincangan ini
menyarankan beberapa idea dalam menambah baik penyediaan infrastruktur kepada pelancong. Kajian dijalankan
dengan menemuduga pengunjung premis penginapan terpilih melalui borang kaji selidik dan pemerhatian terhadap
pengguna premis penginapan tersebut. Hasil kajian mendapati kemudahan elektrik yang disediakan oleh TNB dan
bentuk promosi yang dilakukan oleh kerajaan bakal mempengaruhi pengunjung dan pengguna untuk datang kembali
menginap. Sebagai kesimpulan, kemudahan penyediaan elektrik oleh TNB dan bentuk promosi perlu
dipertingkatkan bagi mempengaruhi penginap untuk datang kembali dan menarik pelancong untuk menginap di
kawasan kajian. |
---|