Pemerkasaan dengan media sosial: aplikasi facebook dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa antropologi dan sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Dalam dunia tanpa sempadan, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting untuk mahasiswa bukan sahaja sebagai bahasa ilmu tetapi juga sebagai bahasa untuk memasarkan mahasiswa itu sendiri sebagai gunatenaga mahir dalam sektor pekerjaan yang diceburi. Oleh sebab itu, objektif utama kajian ini ialah untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lyndon, N., Suhana, S., Sivapalan S,, Azima, AM, Mohd Yusof Hussain,, Abd Hair Awang,, Zaimah, R., Sarmila, MS, Lim, Jie Wei
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6945/1/8oke.geografia-jan-2014-novel_et_al-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6945/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam dunia tanpa sempadan, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting untuk mahasiswa bukan sahaja sebagai bahasa ilmu tetapi juga sebagai bahasa untuk memasarkan mahasiswa itu sendiri sebagai gunatenaga mahir dalam sektor pekerjaan yang diceburi. Oleh sebab itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti pandangan mahasiswa terhadap facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan strategi penyelidikan abduktif dimana pembelajaran Bahasa Inggeris dalam facebook diukur berdasarkan pada fenomena, pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri sebagai ahli facebook. Pendek kata, fenomena, pengalaman dan pengetahuan yang hendak dikaji mestilah yang dialami dalam kehidupan harian dan bukannya fenomena yang dicipta oleh situasi eksperimental. Data telah dikumpul menggunakan temubual mendalam. Saiz sampel dalam kajian ini ditentukan oleh ketepuan data. Oleh itu, sejumlah 30 orang mahasiwa telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dan persampelan snowball. Kesahihan dan kebolehpercayaan data kajian ini ditentukan menggunakan pendekatan member checked. Hasil kajian mendapati pandangan mahasiswa terhadap facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada enam tema utama iaitu penulisan,perbincangan, mempelajari perkataan baru, panduan tatabahasa, kemahiran mendengar dan bertutur dan akhir sekali kemahiran menterjemah. Keenam-enam tema ini dilihat telah meningkatkan keyakinan mereka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan sama ada dalam situasi formal dan tidak formal.