Perbahasan Sejarah Islam di India dalam al-Kamil fi al-Tarikh Karya Ibn al-Athir
Kawasan India, atau dikenal isebagai Sub-Continent, merupakan antara kawasan yang menerima pengaruh Islam melalui dakwah dan futuhat pada peringkat awal Islam. Hal sedemikian menyebabkan Islam terus berkembang sehingga menyaksikan beberapa buah kerajaan Islam turut bertapak di kawasan tersebut. Pe...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6880/1/4249-9795-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/6880/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kawasan India, atau dikenal isebagai Sub-Continent, merupakan antara kawasan yang menerima pengaruh Islam
melalui dakwah dan futuhat pada peringkat awal Islam. Hal sedemikian menyebabkan Islam terus berkembang sehingga
menyaksikan beberapa buah kerajaan Islam turut bertapak di kawasan tersebut. Peristiwa sejarah demikian tercatat
dalam kebanyakan karya sejarah Islam, termasuk karya al-Kamil fi al-Tarikhtulisan Ibn al-Athir. Matlamat kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan sejarah Islam di kawasan India, atau Sub-Continent, serta perbahasannya dalam
karya sejarah Islam seperti yang disebutkan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk
kajian sejarah. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan menfokuskan
kepada karya sejarah al-Kamil fi al-Tarikh. Manakala metode analisis data, kajian ini menggunakan metode deskriptif
dan metode sejarah menerusi analisis kandungan dan interpretasi sumber berdasarkan tafsiran sejarah. Dapatan kajian menunjukkan Ibn al-Athir telah membahaskan sejarah Islam di kawasan India dalam karya sejarahnya. Tumpuan
penceritaan sejarah pula lebih tertumpu kepada perkembangan politik di kawasan tersebut seperti peristiwa futuha
tatau peperangan, kemunculan sesebuah entity politik dan pemerintahan serta tokoh-tokoh politik yang dominan dalam
mencorakkan perkembangan politik di India. |
---|