Pemahaman Pendidikan Islam: Kajian di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2),Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kajian ini membincangkan tentang pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman Pendidikan Islam dalam kalangan murid sekolah rendah. Bentuk kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dianalisa dengan menggunakan SPSS Version 19.0 for Windows. Kajian ini melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar T...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6877/1/4214-9711-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/6877/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan tentang pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman Pendidikan Islam dalam kalangan murid sekolah rendah. Bentuk kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dianalisa dengan menggunakan SPSS Version 19.0 for Windows. Kajian ini melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah pengaruh ibu bapa terhadap pemahaman dalam Pendidikan Islam serta mengenal pasti langkah-langkah yang diambil ibu bapa di rumah dalam mempertingkatkan pemahaman Pendidikan Islam. Dapatan kajian menunjukkan ibu bapa dilihat telah memainkan peranan yang positif dengan menerapkan nilai-nilai keIslaman terhadap anak-anak mereka. Selain itu, murid telah bersetuju bahawa ibu bapa mereka telah memberi tunjuk ajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam walaupun terdapat beberapa langkah tidak dilaksanakan secara keseluruhan oleh ibu bapa mereka dalam memartabatkan pemahaman mereka terhadap Pendidikan Islam. |
---|