Reka bentuk antara muka hipermedia adaptif perpustakaan digital kanak-kanak

Perpustakaan digital untuk kanak-kanak telah berkembang pesat di luar negara, contohnya International Children Digital Library (ICDL) yang telah diperkenal pada tahun 2002. Di Malaysia, perpustakaan digital untuk kanak-kanak masih belum dibangunkan secara khusus. Kajian ini membangunkan reka bentuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Nadia Ab Rahaman,, Tengku Siti Meriam Tengku Wook,, Noraidah Sahari@Ashaari,
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6643/
http://ejournals.ukm.my/apjitm/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perpustakaan digital untuk kanak-kanak telah berkembang pesat di luar negara, contohnya International Children Digital Library (ICDL) yang telah diperkenal pada tahun 2002. Di Malaysia, perpustakaan digital untuk kanak-kanak masih belum dibangunkan secara khusus. Kajian ini membangunkan reka bentuk antara muka perpustakaan digital kanak-kanak dalam konteks pengguna di Malaysia menggunakan kaedah reka bentuk partisipatori. Reka bentuk antara muka yang dihasil adalah berdasar prinsip reka bentuk web untuk kanak-kanak dan kajian lepas terhadap elemen adaptif. Reka bentuk adaptif hipermedia diguna kerana berupaya menerangkan fungsi, corak penggunaan dan kebolehan yang bersesuaian dengan kemampuan pengguna secara individual dengan berkesan. Hasil reka bentuk antara muka telah diuji oleh 10 orang kanak-kanak untuk mendapat maklum balas. Setelah analisis pengujian dijalankan, kajian ini mendapati fitur fungsi dan reka letak yang adaptif perlu ditambah baik bagi menyesuaikan dengan reka bentuk antara muka perpustakaan digital yang diguna oleh kanak-kanak di Malaysia. Setelah pembangunan semula reka bentuk mengikut pandangan kanak-kanak, pengujian akhir reka bentuk dilakukan oleh 20 orang responden bagi mengesahkan elemen adaptif. Hasil analisis pengujian akhir dan kajian lepas mendapati reka bentuk antara muka adaptif adalah kecenderungan dan minat kanak-kanak terhadap perpustakaan digital yang dibangunkan.