Penghasilan estolida berasaskan asid risinoleik-oleik menggunakan mangkin asid polihetero

Kajian mengenai penghasilan estolida berasaskan kepada asid risinoleik dan asid oleik telah dilakukan. Asid polihetero, asid 12-fosfotungstik dan asid silikotungstik telah digunakan sebagai mangkin dan tindak balas dilakukan pada suhu 60 atau 90ºC, selama 10 atau 24 jam. Nisbah mol antara asid risin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Asikin Mohamad Nordin,, Ainol Hayah Ahmad Nadzri,, Nadia Farhana,, Jumat Salimon,, Mohd Ambar Yarmo,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6632/1/17_Nor_Asikin.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6632/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai penghasilan estolida berasaskan kepada asid risinoleik dan asid oleik telah dilakukan. Asid polihetero, asid 12-fosfotungstik dan asid silikotungstik telah digunakan sebagai mangkin dan tindak balas dilakukan pada suhu 60 atau 90ºC, selama 10 atau 24 jam. Nisbah mol antara asid risinoleik dan asid oleik ialah 2:1 dan peratus berat mangkin terhadap reaktan adalah 5%. Spektrum FTIR produk estolida telah dibandingkan dengan produk tindak balas yang menggunakan mangkin homogen asid perklorik. Pembentukan estolida ditunjukkan dengan kehadiran tiga puncak baru pada 1733 cm-1 untuk kumpulan berfungsi C=O ester, 967 cm-1 untuk -CH=CH- trans dan 1177 cm-1 untuk C-O-C. Spektrum FTIR yang serupa juga telah diperoleh untuk produk menggunakan mangkin homogen asid perklorik. Analisis LC-MS menunjukkan terbentuk tiga puncak baru monoestolida pada masa penahanan (Rt) 8.6 (m/z 577), 10.2 (m/z 559) dan 12.1 minit (m/z 561). Hasil kajian menunjukkan tindak balas kondensasi antara oleik-risinoleik dengan menggunakan asid perklorik, pepejal asid silikotungstik dan asid fosfotungstik sebagai mangkin berjaya menghasilkan estolida masing-masing dengan peratus hasil 70.2, 70.0 dan 60.8%.