Kesan sitotoksik sebatian difenilstanum (IV) alkilfenilditiokarbamat terhadap sel eritroleukemia, K562
Kesan sitotoksik sebatian organostanum (IV) terhadap pelbagai sel kanser telah dikaji oleh para saintis di seluruh dunia.Dalam kajian ini,dua sebatian baru organostanum (IV) iaitu difenilstanum (IV) etilfenilditiokarbamat (DFEF) dan difenilstanum (IV) butilfenilditiokarbamat (DFBF) telah diuji k...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6611/1/3438-7616-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/6611/ http://ejournal.ukm.my/jskm/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesan sitotoksik sebatian organostanum (IV) terhadap pelbagai sel kanser telah dikaji oleh para saintis di seluruh
dunia.Dalam kajian ini,dua sebatian baru organostanum (IV) iaitu difenilstanum (IV) etilfenilditiokarbamat (DFEF) dan
difenilstanum (IV) butilfenilditiokarbamat (DFBF) telah diuji kesan sitotoksiknya terhadap sel eritroleukemia, K562.
Sel eritroleukemia, K562 merupakan sel sasaran manakala, sel hepar Chang dan sel fibroblas V79 pula digunakan
untuk menilai kesan kedua-dua sebatian ini terhadap sel bukan kanser. Kesan sitotoksik sebatian DFEF dan DFBF diuji
menggunakan ujian asai 3-(4,5-dimetiltiazol-2-il)-2,5-difeniltetrazolium bromida (MTT) dengan masa pendedahan
24 jam, 48 jam dan 72 jam pada kepekatan sebatian yang berbeza. Pemerhatian terhadap perubahan morfologi juga
dilakukan menggunakan nilai IC
50
yang diperolehi pada masa pendedahan seperti ujian asai MTT. Ujian sitotoksisiti telah
menunjukkan sebatian DFEF dan DFBF adalah sangat toksik terhadap sel K562 dengan nilai IC
50
kurang daripada 10
µM untuk ketiga-tiga masa pendedahan.Indeks pemilihan juga membuktikan bahawa kedua-dua sebatian memberikan
kesan sitotoksik secara memilih terhadap sel K562 pada masa 48 jam dan 72 jam, tetapi pada masa 24 jam, sebatian ini
bertindak secara tidak memilih terhadap sel K562 dan sel bukan kanser. Perubahan morfologi yang diperhatikan adalah
menyerupai ciri-ciri apoptosis seperti pengecutan sel dan pembentukan jasad apoptotik dan juga nekrosis seperti sel
lisis. Kesimpulannya, sebatian difenilstanum (IV) alkilfenilditiokarbamat berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen
antileukemia tetapi mekanisma khusus tindakan sebatian ini terhadap sel K562 perlu dikaji pada masa akan datang
untuk menjelaskan potensi sebatian ini sebagai dadah antikanser yang baru. |
---|