Kajian prevalens kandidiasis melalui lumuran pap lazim di Hospital Umum Sarawak, Malaysia
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan prevalens kandidiasis dalam kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji dalam kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina,...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6609/1/3436-7612-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/6609/ http://ejournal.ukm.my/jskm/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan prevalens kandidiasis dalam kalangan wanita yang berumur 20
hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan
ini dikaji dalam kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu.
Penyaringan mikroskopik dijalankan ke atas lumuran Pap lazim sejumlah 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup
menggunakan pencelupan Papanicolaou. Berdasarkan maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap,
tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala
jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri-ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku
ke atas sel-sel epitelium sekiranya ia mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan
sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan Candida sp. telah
dapat dikesan sebanyak 12.7% daripada jumlah spesimen. Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan juga
pada kesemua golongan umur 20 hingga 59 tahun. Kesemua kes turut menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil
kajian ini menunjukkan pentingnya menjalankan ujian penyaringan lumuran Pap bagi mengesan jangkitan kandida di
samping sebagai saringan awal pengesanan kanser serviks. |
---|