Halangan pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Malaysia: kajian kes di Selangor

Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu menunjukkan satu perubahan drastik dalam landskap politik Malaysia. Hal ini merujuk kepada kejayaan parti pembangkang, Pakatan Rakyat, yang berjaya menguasai beberapa buah negeri termasuklah negeri Selangor. Hasil kejayaan ini, Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hairani Abd Rahman,, Khairiah Salwa Mokhtar,, Muhammad Asri Mohd Ali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6528/1/Nur_Hairani_Abd_Rahman%2C_Khairiah_Salwa_Mokhtar_and_Muhammad_Asri__Mohd_Ali_40_%281%29_July_2013.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6528/
http://www.ukm.my/jebat/v2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu menunjukkan satu perubahan drastik dalam landskap politik Malaysia. Hal ini merujuk kepada kejayaan parti pembangkang, Pakatan Rakyat, yang berjaya menguasai beberapa buah negeri termasuklah negeri Selangor. Hasil kejayaan ini, Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menerajui pemerintahan di negeri Selangor, sekurang-kurangnya sebelum pilihan raya umum Malaysia yang ke-13. Meskipun pentadbiran Pakatan Rakyat telah mencapai tempoh maksimum lima tahun di Selangor, namun pilihan raya kerajaan tempatan (PRKT) seperti yang telah dijanjikan dalam PRU12 gagal dilaksanakan. Lantaran itu, kajian ini cuba untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor kekangan utama yang menyebabkan kegagalan mengembalikan semula demokrasi di peringkat kerajaan tempatan di Malaysia, khususnya di Selangor. Hasil analisis mendapati terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat di Selangor berkenaan isu ini. Antaranya ialah kekangan perundangan, kekangan daripada kerajaan Persekutuan, keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menguruskan PRKT dan kekangan kewangan. Di samping itu, konsensus ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat, PAS-DAP-PKR dalam isu ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada usaha mengembalikan semula PRKT di Selangor.