Penambahbaikan antara muka sistem penilaian pengajaran kursus (SPPK) UKM
Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) ialah sistem yang disediakan untuk menilai kualiti pengajaran kursus di UKM daripada perspektif pelajar. Walau bagaimanapun, sistem telah diubah namanya kepada Sistem Pengajaran dan Penilaian pada tahun 2012 kerana mengambil kira elemen penyeliaan dalam prog...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6497/1/RN_AJTLHE_90-Azizah.pdf http://journalarticle.ukm.my/6497/ http://www.ukm.my/jtlhe/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) ialah sistem yang disediakan untuk menilai kualiti pengajaran kursus di UKM daripada perspektif pelajar. Walau bagaimanapun, sistem telah diubah namanya kepada Sistem Pengajaran dan Penilaian pada tahun 2012 kerana mengambil kira elemen penyeliaan dalam program pengajian, terutamanya program pengajian siswazah. SPPK merupakan salah satu sistem maklum balas pelajar yang memberi input penting untuk penambahbaikan kualiti program pengajian secara berterusan yang dijalankan di semua fakulti. Satu kajian dijalankan terhadap SPPK UKM tersebut. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti masalah kepenggunaan yang terdapat dalam SPPK yang ditambah baik yang mana dalam kajian ini dipanggil SPPKP. Kajian penambahbaikan SPPK dilakukan berasaskan hasil penilaian kepenggunaan yang dijalankan. Kajian untuk mendapatkan maklum balas pelajar terhadap antara muka SPPKP dilakukan. Kajian penilaian kepenggunaan ini dijalankan melalui persampelan rawak berstrata terhadap pelajar UKM. Kaedah kajian ialah pemerhatian melalui penjejakan anak mata, soal selidik dan temu bual. Hasil kajian dapat menyingkap masalah kepenggunaan yang berkemungkinan masih lagi memberi impak kepada keberkesanan antara muka SPPKP yang telah direka bentuk. Cadangan penambahbaikan dicadangkan pada akhir kajian. |
---|