Sintesis dan kawalan morfologi struktur-nano TiO2 menggunakan kaedah hidroterma untuk aplikasi sebagai elektrod sel suria sensitif pewarna

Struktur-nano TiO2 dengan pelbagai saiz dan bentuk telah disintesis melalui kaedah hidrotermal menggunakan serbuk nanozarah TiO2 sebagai prekursor. Sistem hidrotermal yang mudah, murah dan bebas templet pada suhu rawatan 180ºC, pengaruh medium alkali dengan penambahan NaOH dan KOH ke atas saiz, morf...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: An’amt Mohamed Noor,, Shahidan Radiman,, Huang, Nay Ming, Lim, Hong Ngee, Mohd Ambar Yarmo,, Sapizah Rahim,, Shahrul Izwan Ahmad,, Siti Aisyah Shamsudin,, Mohd Shaiful Sajab,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6314/1/12_Anamt.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6314/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Struktur-nano TiO2 dengan pelbagai saiz dan bentuk telah disintesis melalui kaedah hidrotermal menggunakan serbuk nanozarah TiO2 sebagai prekursor. Sistem hidrotermal yang mudah, murah dan bebas templet pada suhu rawatan 180ºC, pengaruh medium alkali dengan penambahan NaOH dan KOH ke atas saiz, morfologi dan sifat fotovoltaik struktur-nano TiO2 telah dikaji. Sampel telah diperincikan oleh mikroskopi elektron transmisi (TEM), analisis penyebaran tenaga sinar-x (EDAX) manakala keupayaan fotovoltaik sel suria sensitif pewarna (DSSC) diukur menggunakan Gamry Potentiostat Series G-300. Hasil kajian dengan menggunakan agen alkali yang berlainan (NaOH dan KOH) jelas mempengaruhi morfologi TiO2 dan sel suria sensitif pewarna yang terdiri daripada struktur nanorod TiO2 menunjukkan keupayaan terbaik dengan voltan litar terbuka (Voc) sebanyak 416.8 mV, ketumpatan arus litar terbuka (Jsc) sebanyak 0.169 mA/cm2 dan kecekapan penukaran (η) sebanyak 0.0232% di bawah iluminasi lampu xenon AM 1.5.