Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi kaedah amalan pembelajaran tahfiz di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz al-Quran negeri (MTQN) di Malaysia. Kajian ini melibatkan 212 pelajar semester 6 di 11 institusi dan maahad yang mengikuti Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM. Instrumen soal selidik te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmil Hashim,, Ab.Halim Tamuri,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5990/1/43.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5990/
http://pkukmweb.ukm.my/jiae/Default.aspx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi kaedah amalan pembelajaran tahfiz di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz al-Quran negeri (MTQN) di Malaysia. Kajian ini melibatkan 212 pelajar semester 6 di 11 institusi dan maahad yang mengikuti Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM. Instrumen soal selidik telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi iaitu 0.97. Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian melalui lima sampel pemerhatian kelas pelajar yang diambil secara rawak. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah, pembelajaran tahfiz, iaitu elemen tasmi’, takrar berada pada tahap tinggi. Elemen tasmi talaqqi dan musyafahah berada pada tahap sederhana tinggi dan eleman kefahaman dan penulisan berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan kajian kualitatif terhadap pemerhatian juga menyokong dapatan kajian kuantitatif ini. Implikasinya, kaedah talaqqi dan musyafahah, tasmi’, takrar, merupakan kaedah paling utama yang seharusnya diberi perhatian dan kaedah kefahaman dan penulisan juga tidak boleh diabaikan.